Samsung akan melancarkan sesuatu pada 21 Oktober – mungkin Galaxy Z Fold6 Special Edition yang lebih nipis
Samsung telah mengesahkan bahawa pelancaran Galaxy yang baharu akan berlangsung pada 21 Oktober ini.
Walaubagaimanapun, Samsung tidak mendedahkan identiti produk tersebut namun kita mungkin akan menyaksikan pelancaran Galaxy Z Fold Special Edition Khas yang dikhabarkan akan dilancarkan pada 21 Oktober ini dan video teaser mengenai pelancaran ini juga dikongsikan oleh Samsung.
Selain itu, masih belum juga dapat dipastikan samada telefon pintar ini akan dikenali sebagai Galaxy Z Fold Special Edition atau Galaxy Z Fold6 Special Edition.
Dalam pada iti, imej yang tertiris mendedahkan telefon pintar itu mempunyai profil yang lebih nipis berbandinh Galaxy Z Fold6.
Samsung Galaxy Z Fold6 Special Edition ini didakwa akan mempunyai ketebalan hanya 4.9mm apabila dibuka dan 10.6mm nipis apabila dilipat.
Ianya juga dilaporkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 SoC, kamera utama 200MP, dan penarafan IP48.
Dengan pelancaran rasminya hanya berbaki tiga hari sahaja lagi, kita pasti akan menjawab jawapan kepada segala persoalan yang masih menjadi misteri.