Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 1

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 2

Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Vivo X200 dan X200 Pro mini dengan fokus kepada rekaan premium bersama sistem pengimejan dan videografi lebih baik.

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 3

Vivo X200 Pro hadir dengan skrin paparan LTPO quad-curved berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima mencecah 4,500nits dan sokongan Dolby Vision. X200 Pro mini pula hadir dengan skrin paparan flat berukuran 6.31-inci.

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 4

Seterusnya, X200 Pro dan X200 Pro mini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400 yang dibangunkan bersama oleh Vivo dan cip 3nm ini juga disertakan dengan GPU 12-teras yang memastikan prestasi gaming luar biasa.

Selain itu, Ianya hadir dengan OriginOS 5 yang turut disertakan dengan ciri AI seperti Origin Island dan AI Circle to Search.

Dalam pada itu, Vivo X200 Pro hadir dengan bateri silikon anod generasi ke-3 berkapasiti 6,000mAh manakala X200 Pro Mini pula memiliki bateri 5,700mAh. Kedua model juga menawarkan sokongan pengecasan pantas 90W dan 30W pengecasan tanpa wayar.

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 5

Beralih kepada kamera, Vivo X200 Pro dan X200 Pro Mini memiliki sistem tri-kamera dengan optik Zeiss T* dan cip pengimejan V3+. Sensor utama kedua-dua model ini adalah Sony LYT-818 dengan teknologi Optical Precision Calibration

Bercakap mengenai video, cip. 3+ membolehkan rakaman video potret 4K HDR Cinematic, cinematic slow-mo 4K 120fps dan 4K HDR Dolby Vision sehingga kadar 60fps.

Selain itu, upgrade terbesar pada bahagian kamera ini adalah penggunaan sensor telefoto 200MP Zeiss APO yang menawarkan 3.7x zoom optikal dengan lensa f/2.67 manakala X200 Pro Mini pula memiliki sensor telefoto 50MP dengan sensor 70mm f/2.6 dan 3x zoom.

Dua kamera lain yang ada pada X200 Pro dan X200 Pro Mini ini adalah sensor 50MP ultrawide dengan pemfokusan auto dan sensor selfie 32MP f/2.0

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 6Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 7

Akhir sekali, Vivo X200 Pro akan ditawarkan didalam warna Sapphire Blue, Titanium Grey, Moonlight White,  Carbon Black dan Satellite Edition didalam pelbagai konfigurasi RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB pada harga yang bermula dari CNY 5,299

Vivo X200 Pro Mini pula Titanium Green, Light Pink, Plain White, dan Simple Black dengan kapasiti RAM dan storan yang sama pada harga yang bermula dari CNY 4,699.

Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 2Vivo X200 Pro dan X200 Pro mini telah dilancarkan secara rasmi 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.