Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G – ZERO adalah HERO utama Infinix

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 1

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 2Pengenalan

Infinix, jenama teknologi bergaya yang direka untuk pengguna muda, baru-baru ini telah memperkenalkan ZERO 40 5G.

Ianya ini merupakan satu-satunya telefon pintar dalam kelasnya yang dilengkapi dengan kamera Ultra-Wide 50MP, mampu merakam video sehingga 4K pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang, serta menampilkan keupayaan video ProStable. ZERO 40 5G juga merupakan yang pertama menyokong penangkapan lancar dan cekap dengan sambungan GoPro.

Selain itu, Infinix ZERO 40 5G juga menggabungkan prestasi kamera yang unggul dengan reka bentuk bergaya yang meletakkanya sebagai pilihan utama untuk gaya hidup moden yang dipacu vlogging.

Infinix ZERO 40 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,699 dalam warna Violet Garden, Moving Titanium dan Rock Black.

Ini adalah ulasan Infinix ZERO 40 5G yang merupakan model paling premium keluaran syarikat ini.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 3

Reka Bentuk

Sebagai telefon pintar flagship Infinix, ZERO 40 5G direka untuk menjadi pendahulu dari segi pengayaan. Dengan kerjasama WGSN, organisasi ramalan arah aliran global, Infinix telah memperkenalkan warna trend setting bagi 2025 iaitu Violet Garden, disepadukan dengan teliti ke dalam rekaan dan ciri-ciri ZERO 40 5G.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 4

Seterusnya,rekaan panel belakang ZERO 40 5G menampilkan tema “Storyline” menggunakan gaya rekaan berasaskan garisan yang dipisahkan, ia menghasilkan ekspresi tekstur yang berbeza dalam ton warna yang sama, menghasilkan estetika berlapis secara visual.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 5

Dalam pada itu,estetika kamera belakang diserlahkan oleh gelung bulat yang terletak di tengah dan reka bentuk simetri, menawarkan rupa yang seimbang dan premium. Ini dipertingkatkan lagi dengan Curved Cloud Step Ring, yang menyumbang kepada kesan yang lancar dan mewah.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 6

Akhir sekali,  ZERO 40 5G memiliki berat sekitar 195g dengan ketebalan hanya 7.9mm. Skrin 3D Curved Ultra Slim yang digunakan pada telefon pintar terbaru Infinix ini mempunyai darjah lengkungan ‘golden’ 55° yang memberikan cengkaman yang selesa untuk pengalaman skrin yang lebih mengasyikkan.

Lebih lanjut mengenai skrin dibahagian seterusnya.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 7

Skrin Paparan

Infinix ZERO 40 5G hadir dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci yang membawakan kadar penyegaran 144Hz yang luar biasa, memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan untuk semua kandungan.

Selain itu, 1500Hz Game Instantaneous Touch Sampling Rate memberikan tindakbalas sentuhan yang tepat dan respon segera, meningkatkan kawalan permainan. 100%

Seterusnya, panel skrin Infinix ZERO 40 5G ini juga memiliki  kecerahan maksima sehingga 1300 nits dan Mod High Brightness yang memastikan kejelasan tinggi walaupun di persekitaran luar. Selain itu, ia termasuk Mod Eye Care (TUV Rheinland ) untuk mengurangkan kelesuan mata daripada penggunaan yang berpanjangan.

Menyempurnakan lagi pengalaman premium pada telefon pintar ini adalah penggunaan lapisan gelas  Corning Gorilla Glass 5 yang memastikan skrin mempunyai ketahanan tinggi dan kalis calar lebih baik.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 8

Pada bahagian tetapan, anda boleh menetapkan kadar segar semula mengikut keperluan anda dan terdapat 4 kadar segar semula yang ditawarkan iaitu 144Hz, 120Hz, 60Hz dan Auto-Switch. Color Style juga boleh ditetapkan dimana boleh memilih Brighted Color atau Original Color dan terdapat juga pelarasan suhu warna untuk pengalaman visual yang lebih tersuai dengan anda.

Seterusnya, Infinix ZERO 40 5G ini juga memiliki skrin yang melengkung pada  kedua-dua sisi yang memberikan anda keselesaan menggunakan telefon pintar setaraf peranti flagship.

Secara keseluruhanya, penggunaan panel 3D Curved AMOLED pada Infinix ZERO 40 5G ini membolehkan anda menikmati pengalaman skrin yang lebih premium pada peranti yang mempunyai harga kelas pertengahan.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 9

Pemproses

Infinix ZERO 40 5G dikuasakan cip 4nm keluaran MediaTek iaitu Dimensity 8200 Ultimate yang mempunyai kemampuan untuk memberikan anda prestasi yang konsisten walaupun dikerah pada aplikasi atau permainan video yang memerlukan CPU berkuasa tinggi.

Bersama cip Dimensity 8200 Ultimate ini, Infinix ZERO 40 5G ini juga memiliki GPU Arm Mali-G610 MC6 untuk prestasi grafik yang memuaskan. Ianya juga dilengkapi 12GB RAM jenis LPDDR5 bersama storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 10

Beralih kepada UI, ZERO 40 5G dilengkapi dengan XOS 14.5 yang berasaskan Android 14 yang mana telefon pintar ini juga telah disahkan akan menerima 2 kemaskini OS Android (sehingga Android 16) dan 3 tahun kemaskini  keselamatan Google.

Sebagai salah satu telefon pintar pertama yang menyepadukan Google Gemini, ZERO 40 5G memperkenalkan Pembantu AI yang menawarkan ciri hebat seperti penulisan skrip, terjemahan, carian dan ringkasan. Keupayaan AI ZERO 40 5G meluas lagi ke dalam kehidupan seharian, meningkatkan fungsi dan pengalaman pengguna. Wallpaper yang dijana AI juga membawakan sentuhan pemperibadian, manakala pengurangan hingar audio AI memastikan kualiti panggilan yang jelas.

Sebagai jenama yang terkenal dengan kemampuan gamingnya, Infinix ZERO 40 5G menjadi satu lagi model telefon pintar keluaran syarikat ini yang mampu menawarkan prestasi yang sangat stabil dan konsisten kepada pengguna tidak kira untuk pengguna ‘casual’ atau gaming.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 11

Kamera

Infinix ZERO 40 menjadi telefon pintar pertama syarikat ini dengan kerjasama dengan jenama kamera aksi terkemuma global iaitu GoPro.

Kerjasama sesebuah jenama telefon pintar dengan jenama kamera bukan sesuatu yang baru namun GoPro adalah pengeluar kamera aksi yang sedikit berbeza dengan kerjasama yang dilakukan jenama lain.

Bercakap mengenai kerjasama ini, anda pasti tertanya samada kamera GoPro boleh digunakan bersama telefon pintar lain atau tidak. Jawapanya adalah ya, namun dengan Infinix ZERO 40 5G ini anda boleh terus mengawal GoPro anda melalui aplikasi kamera pada telefon pintar dan ianya juga dipra-muat dengan aplikasi GoPro Quik.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 12

Telefon ini juga boleh berfungsi sebagai monitor, membolehkan pemerhatian masa nyata dan pelarasan parameter rakaman kamera GoPro anda.

Terus ke konfigurasi kamera, ZERO 40 5G dilengkapi sensor utama 108MP yang memiliki OIS dan aperture f/1.76, sensor ultrawide 120° 50MP yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar Infinix dan sensor bokeh. Ianya juga memiliki sensor kamera selfie 50MP yang mempunyai pengstabilab OIS+EIS.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 13

Seterusnya, Infinix ZERO 40 5G juga mampu merakam video 4K 60fps bersama pengstabilan ProStable yang memastikan tangkapan imej yang stabil untuk foto dan video.

Mod Vlog menjadikan penciptaan vlog mudah dan menyeronokkan. Pengguna boleh membuat vlog serta-merta dengan mengetik butang dan mengikut gesaan. Apabila mengedit dengan berbilang bahan, pengguna boleh memilih daripada templat dalam album, dan ZERO 40 5G secara automatik akan mengesan sorotan untuk menghasilkan vlog yang luar biasa dengan satu ketikan.

 Secara keseluruhan, hasil gambar dari Infinix ZERO 40 5G ternyata lebih baik berbanding telefon pintar Infinix yang lain dan ini meletakkan syarikat ini didalam landasan terbaik untuk menjadi pengeluapengelu yang menawarkan kamera yang mempunyai kebolehan tinggi

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 28

Bateri

Infinix ZERO 40 5G memiliki bateri berkapasiti 5000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 45W, yang mampu mencapai pengecasan ke tahap 60% dalam masa 25 minit sahaja.

Selain itu, ZERO 40 5G juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 20W dan pengecasan berbalik berwayar 10W untuk mengecas peranti lain.

Dalam pada itu, teknologi Infinix Extreme-Temp  memastikan bahawa ZERO 40 5G boleh mengecas pada 2.5W walaupun pada suhu serendah -20 darjah Celsius, menjadikannya sesuai untuk persekitaran bersalji yang tidak begitu relevan untuk pengguna di Malaysia.

Akhir sekali, bateri yang digunakan pada Infinix ZERO 40 5G juga mempunyai ketahanan tinggi dimana ianya akan kekal pada kapasiti optimum walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan atau secara purata untuk tempoh 4 tahun penggunaan.

ULASAN : Infinix ZERO 40 5G - ZERO adalah HERO utama Infinix 6

Penutup

Infinix ZERO 40 5G telah membuktikan bahawa jenama yang kian meningkat naik juga mampu mengeluarkan telefon pintar yang berkebolehan tinggi pada harga yang lebih mampu milik.

Ini adalah resepi terbaik bagi syarikat pengeluar baharu di Malaysia untuk berdaya saing namun momentum dan pengeluaran model seperti ini harus dikekalkan bagi mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan pengeluar telefon pintar di Malaysia.

Infinx ZERO 40 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.