Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 – Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 1

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 2

Pengenalan

HUAWEI baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi model baharu didalam barisan tablet flagship keluaran syarikat ini dan tablet yang kami maksudkan adalah HUAWEI MatePad Pro 12.2.

HUAWEI MatePad Pro 12.2 adalah sebuah tablet berkuasa yang mentakrifkan semula sempadan kreativiti dan produktiviti. Direka untuk golongan profesional, artis dan peminat teknologi, HUAWEI MatePad Pro 12.2 menggabungkan teknologi termaju dengan reka bentuk yang anggun dan ringan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang tiada tandingan.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 3

Selain tablet MatePad Pro 12.2, HUAWEI juga telah memperkenalkan HUAWEI Glide Keyboard yang inovatif, yang membawakan rekaan hibrid yang membolehkan anda menyimpan stylus pada papan kekunci selain mengecasnya.

Selain itu,rekaan engsel dinamik magnetik ini memberikan pengalaman menaip yang lancar sambil menyimpan dan mengecas HUAWEI M-Pencil (Generasi Ketiga) dengan selamat apabila tidak digunakan. Reka bentuk ergonomik papan kekunci dan tekstur yang mesra kulit menjadikannya sesuai untuk menulis, melukis dan bekerja semasa dalam perjalanan, manakala stylus menawarkan ketepatan dan tahap responsif gred profesional, menyokong sehingga 16,384 tahap kepekaan tekanan.

Ini baru sahaja bahagian pengenalan dan kami pasti anda sudah teruja untuk mengetahui lebih mendalam tentang tablet ini. Teruskan membaca ulasan HUAWEI MatePad Pro 12.2 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 4

Reka Bentuk

Sejak awal penubuhan syarikat ini, HUAWEI sememangnya terkenal kepakaran didalam teknologi terbaik yang menghasilkan antara produk-produk paling cantik dipasaran.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 5

Sehubungan dengan itu, HUAWEI MatePad Pro 12.2 tampil dengan reka bentuk yang premium, ringan dan tahan lama. Dengan berat hanya 508 gram dan hanya berukuran 5.5mm , tablet ini mudah dibawa dan dikendalikan, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang sentiasa ‘on the go’.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 6

Selain itu, MatePad Pro 12.2 ini boleh didapati dalam warna Premium Gold yang elegan dan mencerminkan komitmen Huawei terhadap kualiti dan gaya. Warna Premium Gold ini adalah berinspirasikan tekstur semula jadi sutera, menampilkan rekaan sutera emas yang terhasil melalui proses salutan optik yang teliti, menambahkan sentuhan kemewahan dan kecanggihan pada peranti berprestasi tinggi ini.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 7

Seterusnya, HUAWEI MatePad Pro 12.2 juga memiliki pembesar suara HUAWEI SOUND yang terdiri daripada 8 pemacu yang inovatif membolehkan bunyi treble yang dipertingkatkan, membawakan audio yang hebat melalui keseluruhan julat frekuensi.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 8

Bercakap mengenai butang fizikal pada tablet ini, terdapat satu butang kuasa pada sisi kiri MatePad Pro ini (mod landskap) yang turut berfungsi sebagai sensor capjari dan butang kelantangan bunyi pada sisi atas.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 9

Secara keseluruhan, rekaan HUAWEI MatePad 12.2 telah membawa pertukangan dan astetik produk HUAWEI ke satu tahap yang lebih tinggi namun pujian ini adalah sesuatu yang biasa diterima oleh setiap produk keluaran syarikat ini.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 10

Skrin Paparan

HUAWEI MatePad Pro 12.2 menjadi satu penandaras baharu dari segi skrin paparan kerana ianya menjadi tablet pertama didalam industri untuk menggunakan  teknologi skrin Tandem OLED PaperMatter yang menawarkan warna-warna terang, kejelasan luar biasa, dan pengalaman menonton yang selesa walaupun dalam keadaan pencahayaan yang tidak baik.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 11

Ianya turut memiliki kecerahan maksima sehingga 2000 nits dan nisbah kontras ultra tinggi 2,000,000:1, paparan ini memberikan visual yang menakjubkan yang menghidupkan setiap butiran, menjadikannya peranti yang sempurna untuk artis digital, pereka dan sesiapa sahaja yang menghargai pengalaman menonton premium.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 12

Selain itu, teknologi skrin PaperMatte juga membantu mengurangkan silau dan ketegangan mata yang membolehkan pengguna menggunakan tablet untuk tempoh yang lama tanpa rasa tidak selesa, menjadikannya sesuai untuk membaca, melakar atau menyunting video yang lama.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 13

Seterusnya, HUAWEI MatePad Pro 12.2 juga memiliki resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Panel ini juga mampu memaparkan 1.07 bilion warna dengan kecerahan maksima 2,000nits.

Secara keseluruhan, paparan HUAWEI MatePad Pro 12.2 ini menampilkan teknologi yang pertama digunakan pada industri iaitu panel Tandem OLED PaperMatte yang membuka lembaran baharu kepada teknologi skrin pada tablet.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 14

Pemproses

HUAWEI MatePad Pro 12.2 dikuasakan dengan cipset octa-core Kirin T91 bersama 12GB RAM dan 512GB storan dalaman. Ianya menjalankan sistem operask HarmonyOS 4.2.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 15

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk lukisan digital adalah GoPaint yang tersedia percuma untuk pengguna HUAWEI MatePad Pro 12.2.  GoPaint adalah aplikasi terbaik untuk memperlihatkan kemampuan stylus M-Pencil dengan teknologi NearLink yang mana setiap tahap sentuhan diterjemahkan secara langsung pada skrin.

Menariknya, alat lukisan batik pada Aplikasi GoPaint yang dibangunkan dengan kerjasama Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), institusi seni terulung Malaysia. Ciri eksklusif ini membolehkan pengguna merasai kesenian batik tradisional Malaysia dalam format digital, menawarkan rangkaian berus batik tersuai dan alat khusus ‘wax outlining’ yang menangkap butiran rumit bentuk seni yang digemari ini.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 16

Lebih penting, HUAWEI MatePad Pro 12.2 juga menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC (PC- Level WPS Office 2.0) iaitu WPS Office yang ditawarkan secara percuma dan eksklusif kepada pengguna HUAWEI.

Pengguna boleh mengedit dokumen, menyiapkan pembentangan atau melakukan kiraan dengan aplikasi seperti WPS Office Document,  WPS Office Spreadsheet dan WPS Office Presentation yang menawarkan kebolehan penuh setaraf PC dan ianya boleh dikongsikan dengan mudah bersama rakan sekerja kerana format fail yang digunakan untuk semua dokumen ini adalah sama seperti pada aplikasi Microsoft Office. 

Aplikasi WPS Office 2.0 ini tampil dengan UI baharu yang lebih kompak, menawarkan log masuk akaun dan storan cloud. Ianya turut mempunyai sokongan SuperHub dan mencetak dokumen yang terhasil.

Seterusnya, tablet HUAWEI MatePad Pro 12.2 ini juga dilengkapi ciri SuperHub yang menyediakan cara mudah untuk mengurus fail dan dokumen.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 17

Pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara tablet dan peranti lain dengan mengalihkan fail tersebut ke platform SuperHub. Setelah dimuat naik, dokumen boleh diakses dengan mudah oleh mana-mana peranti lain yang disambungkan ke akaun yang sama. Dengan fungsi ini, ia menghapuskan kemungkinan pendua, memastikan proses pemindahan yang lancar.

Akhir sekali, tablet HUAWEI MatePad Pro terbaru ini juga menawarkan sokongan penuh pelbagai aplikasi berkaitan Google kegemaran anda seperti YouTube, GMail, Google Maps, Google Drive dan Google Meet.

Apa yang lebih mudah adalah, anda tidak perlu ‘install’ sebarang aplikasi atau melakukan sebarang tetapan tambahan untuk menikmati aplikasi Google yang selamat dan melindungi data privasi anda. Semuanya kini tersedia di hujung jari anda di HUAWEI App Gallery.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 18

Bateri

HUAWEI MatePad Pro 12.2 memiliki bateri berkapasiti 10,100mAh dan ianya juga memiliki teknologi pengecasan pantas 100W wired HUAWEI Turbo Charging yang membolehkan ianya mencapai pengecasan 85% didalam 40 minit diikuti pengecasan ke 100% didalam masa 55 minit sahaja.

Selain itu, ciri Smart Power Conserve memastikan tablet sentiasa bersedia untuk digunakan walaupun selepas dipadam lebih dari satu tahun.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 2

Penutup

HUAWEI MatePad Pro 12.2 adalah satu lagi tablet yang menawarkan anda pengalaman setaraf PC dan penggunaan Glide Keyboard yang lebih inovatif dan M Pencil dengan teknologi NearLink juga pasti akan membuat anda berjauhan dengan komputer riba.

Selain itu, paparan Tandem OLED PaperMatte juga memastikan tahap kesihatan mata anda sentiasa terjaga.

ULASAN : HUAWEI MatePad Pro 12.2 - Skrin Tandem OLED PaperMatte membuka lembaran baharu industri tablet 20

HUAWEI MatePad Pro 12.2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599 dimana setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 2,546 yang termasuk  HUAWEI Glide Keyboard, M-Pencil (3rd Gen), HUAWEI Sound Joy dan HUAWEI Bluetooth Mouse.

Dapatkan HUAWEI MatePad Pro 12.2 di HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Official Store di Shopee, atau di  HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.