Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 50 5G kini rasmi di Malaysia – antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia – RM 599

Infinix HOT 50 5G kini rasmi di Malaysia - antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia - RM 599 1

 

Infinix HOT 50 5G kini rasmi di Malaysia - antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia - RM 599 2

Infinix HOT 50 5G  kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

Infinix HOT 50 5G  ini memiliki rekaan yang sangat nipis iaitu hanya 7.8mm dengan penarafan IP54.

Terus ke spesifikasi, Infinix HOT 50 5G memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat juga kamera selfie 8MP serta flash LED. Iajya dikuasakan cip Dimensity 6300,  8GB RAM (8GB Extended RAM) dan storan dalaman sehingga 256GB.

Infinix HOT 50 5G kini rasmi di Malaysia - antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia - RM 599 3

Pada bahagian belakang, Infinix HOT 50 5G memiliki sensor utama 50MP Sony IMX582, sensor depth 2MP dan sensor auxiliary.

Selain itu, HOT 50 5G juga memiliki antaramuka XOS 14.5 yang berasaskan Android 14 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W.

Infinix HOT 50 5G kini rasmi di Malaysia - antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia - RM 599 4

Infinix Hot 50  akan ditawarkan didalam warna Sage Green, Sleek Black, dan Vibrant Blue pada harga RM 599. Ianya kini ditawarkan secara eksklusif di Shopee dari 7 Oktober sehingga 15 Oktober ini dan setiap pembelian akan turut menerima Infinix XBuds 3 WE bernilai RM99 secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.