Infinix HOT 50 5G akan tiba di Malaysia pada 7 Oktober ini
Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Infinix HOT 50 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Oktober ini.
Selain itu, Infinix HOT 50 5G memiliki rekaan yang sangat nipis iaitu hanya 7.8mm dengan penarafan IP54.
Terus ke spesifikasi, Infinix HOT 50 5G memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat juga kamera selfie 8MP serta flash LED. Iajya dikuasakan cip Dimensity 6300 bersama 4GB atau 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Pada bahagian belakang, Infinix HOT 50 5G memiliki sensor utama 50MP Sony IMX582, sensor depth 2MP dan sensor auxiliary.
Selain itu, HOT 50 5G juga memiliki antaramuka XOS 14.5 yang berasaskan Android 14 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W.
Infinix Hot 50 dijangka akan ditawarkan didalam warna Sage Green, Sleek Black, and Vibrant Blue. Harga jualan di Malaysia masih belum diketahui.