Infinix ZERO Flip kini rasmi di Malaysia – foldable pertama Infinix pada harga RM 2,999 sahaja
Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu Infinix ZERO Flip kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999.
Infinix ZERO Flip ini memiliki rekaan yang sama seperti Xiaomi Flip terutamanya pada bahagian luar dengan rekaan skrin yang turut meliputi sekeliling kamera. Ianya adalah panel AMOLED berukuran 3.64-inci dengan kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, ZERO Flip memiliki skrin paparan utama AMOLED berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip kelas pertengahan dari MediaTek iaitu Dimensity 8020, 8GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Dari segi kamera pula, Infinix ZERO Flip akan memiliki sensor utama 50MP dengan OIS bersama satu lagi sensor ultrawide 50MP dan kamera selfie juga 50MP.
Telefon pintar Flip ini juga memiliki bateri 4,720mAh dengan pengecasan pantas 70W.
Akhir sekali, Infinix ZERO Flip ini akan ditawarkan pada harga dari RM 2,099 didalam dua pilihan warna iaitu Rock Black dan Blossom Glow.
Setiap pembelian Infinix ZERO Flip akan menerima pengering rambut bernilai RM 499 dan pakej servis selepas jualan CarlCare yang termasuk 24 bulan waranti, 365 hari gantian skrin hadapan dan belakang percuma (1 gantian) dan perkhidmatan pembersihan peranti percuma.