Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung mungkin tidak mengeluarkan Galaxy S26

Samsung mungkin tidak mengeluarkan Galaxy S26 1

Samsung mungkin tidak mengeluarkan Galaxy S26 2

Samsung mungkin akan membawa perubahan besar pada barisan telefon pintar flagship Galaxy S pada tahun 2026 dimana syarikat gergasi Korea ini mungkin akan memberhentikan pengeluaran Galaxy S26.

Ini bermaksud, Galaxy S26 Series dijangka akan terdiri daripada dua model iaitu Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra sahaja.

Sebab utama Samsung mengambil keputusan ini adalah kerana model asas Galaxy S26 tidak lagi kompetitif dipasaran. Syarikat ini juga telah mengambil tindakan yang sama pada barisan tablet flagship mereka yang dilancarkan baru-baru in apabila hanya Galaxy Tab S10+ dan Tab S10 Ultra sahaja dilancarkan.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+

Sumber yang melaporkan perkara ini adalah Ice Universe yang mempunyai rekod baik didalam ramalan seperti ini dan kita perlu tunggu sehingga Januari 2026 untuk mengetahui kebenaranya.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.