Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series 1

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series 2

HONOR Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga bagi peranti flagship HONOR Magic6 Pro dan HONOR 200 Series, serta telefon pintar mesra bajet HONOR X6b kepada pengguna di Malaysia.

Dengan harga runcit baharu ini, pembeli boleh lebih berjimat dan berpeluang memiliki peranti-peranti tersebut yang telah dilancarkan tahun ini pada harga lebih rendah bermula pada 1 Oktober 2024 ini di semua  HONOR Store, laman sesawang HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar-pengedar sah.

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series 3

HONOR Magic6 Pro mengetengahkan kemajuan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna yang dikuasakan AI kini ditawarkan pada harga RM3,999 sahaja, potongan RM500 daripada harga asal. Peranti flagship ini didatangi dengan storan 12GB RAM+512GB dan tersedia dalam warna Epi Green dan Black.

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series 4

Selain itu, HONOR 200 Series yang dikenali dengan keupayaan fotografi potret dikuasakan AI hebat  telah dilancarkan di Malaysia pada Jun lalu pada harga RM2,699 namun kini ditawarkan pada harga RM 2,499 didalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White.

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series 5

HONOR 200 pula hadir didalam  dua konfigurasi, iaitu storan 12GB RAM+512GB pada harga RM1,999 (sebelum ini RM2,199), dan storan 12GB+256GB pada RM1,699 (sebelum ini RM1,899). Kedua-dua model ini tersedia dalam warna Coral Pink, Moonlight White dan Black.

HONOR umum harga baharu bagi Magic6 Pro dan 200 Series 6

Dalam pada itu, HONOR X6b dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar, storan besar dan Kamera Ultra-jelas 50MP, kini dijual pada harga RM499 berbanding harga asal RM599. Telefon ini didatangkan dengan 12GB RAM (termasuk 6GB HONOR RAM Turbo) dan storan 256GB. Ianya boleh didapati dalam warna Forest Green dan Midnight Black.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi atau laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.