Xiaomi Mix Flip kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan Advanced AI
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flip pertama mereka iaitu Xiaomi Mix Flip untuk .pasaran Malaysia
Xiaomi Mix Flip hadir dengan panel cover screen berukuran 4.01-inci yang memenuhi keseluruhan panel luaran dan ianya dikenali sebagai All Around Liquid yang turut dilapisi gelas Xiaomi Shield Glass. Ianya memiliki bateri 4,780mAh dengan pengecasan pantas 67W HyperCharge.
Selain itu, Xiaomi Mix Flip juga memiliki skrin paparan utama berukuran 6.81-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 3,000nits.
Seterusnya, Mix Flip dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, 12GB a dan storan dalaman 512GB serta sistem penyejukan 3500mm² vapor chamber.
Beralih kepada kamera, Mix Flip memiliki sensor utama utama 50MP f/1.7 bersama satu lagi sensor 50MP f/2.0 dengan 2x zoom dan ianya juga memiliki floating lens yang membolehkan pemfokusan pada jarak sedekat 9cm.
Xiaomi Mix Flip akan ditawarkan didalam warna dua warna iaitu Black, Purple pada harga RM 4,999