Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16 Series kini ditawarkan oleh Maxis

Apple iPhone 16 Series kini ditawarkan oleh Maxis 1

Apple iPhone 16 Series kini ditawarkan oleh Maxis 2

Susulan jualan rasmi Apple iPhone 16 Series di Malaysia yang bermula hari ini, Maxis telah mengumumkan penawaran iPhone 16 dan iPhone 16 Plus yang menampilkan cip A18 serba baharu, Camera Vontrol Kamera, peningkatan berkuasa kepada sistem kamera termaju, Action Button untuk mengakses ciri berguna dengan pantas, dan peningkatan besar dalam hayat bateri. iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, dikuasakan oleh cip A18 Pro dengan prestasi CPU industri terkemuka, memaparkan paparan yang lebih besar, Camera Control , ciri kamera pro yang inovatif dan lonjakan besar dalam hayat bateri.

Pelanggan Maxis boleh menikmati bayaran ansuran yang rendah dalam tempoh 24 atau 36 bulan dengan faedah 0% dengan pelan Maxis Zerolution. Pelanggan Maxis boleh tukar beli mana-mana model untuk barisan iPhone 16 baharu.

Pelanggan yang membuat trade-in dengan model yang layak, termasuk barisan iPhone 11 hingga iPhone 15, juga boleh menikmati penjimatan tambahan sehingga RM500, menerima lebih banyak nilai untuk menaik taraf mereka.

Maxis juga menawarkan iPhone Bundle Pack yang membolehkan pelanggan menjimatkan sehingga 35% atas aksesori iPhone apabila mereka membeli dalam talian dan membeli di kedai.

Pelanggan boleh membeli barisan iPhone 16 mulai hari ini. Untuk butiran lanjut tentang harga dan pelan data, sila layari Maxis Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.