Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14T Series tiba di Malaysia pada 27 September – pra-tempahan kini dibuka

Xiaomi 14T Series tiba di Malaysia pada 27 September - pra-tempahan kini dibuka 1

 

Xiaomi 14T Series tiba di Malaysia pada 27 September - pra-tempahan kini dibuka 2Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Xiaomi 14T Series akan dilancarkan di Malaysia pada 27 September ini.

Majlis pelancaran Xiaomi 14T Series di Malaysia ini akan berlangsung kurang 24 jam selepas pelancaran global di Berlin pada 26 September 2024.

Selain itu, Xiaomi 14T Series disahkan akan sistem fotografi Leica dengan mod malam yang lebih baik, ciri Advanced AI, pengecasan 120W HyperCharge dan pengecasan tanpa wayar 50W dan warna titan baharu.

Xiaomi 14T Series tiba di Malaysia pada 27 September - pra-tempahan kini dibuka 3

Menariknya, Xiaomi Malaysia kini telah membuka pra-tempahan bagi kedua-dua telefon pintar ini dengan membayar deposit RM 100 anda boleh menikmati rebat RM 300 dan ganjaran bernilai sehingga RM 2,276

Selain itu, setiap pra-tempahan Xiaomi 14T Pro akan menerima Xiaomi OpenWear Stereo Earphone dan Xiaomi HyperCharge Combo manakala Xiaomi 14T akan menerima Redmi Buds 5 Pro dan Xiaomi HyperCharge Combo.

Pra-tempahan kini dibuka di stor fizikal Xiaomi dan di mi.com

Selain Xiaomi 14T Series, Xiaomi juga akan memperkenalkan produk lain seperti Xiaomi Buds 5, Xiaomi TV Max 100″ 2025 dan Xiaomi Robot Vacuum X20 Max namun tiada pengesahan ianya akan memasuki pasaran Malaysia buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.