Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix XPAD kini rasmi di Malaysia – tablet mampu milik pada harga dari RM 699

Infinix XPAD kini rasmi di Malaysia - tablet mampu milik pada harga dari RM 699 1

 

Infinix XPAD kini rasmi di Malaysia - tablet mampu milik pada harga dari RM 699 2

Infinix secara rasminya telah melancarkan tablet pertama syarikat ini iaitu Infinix XPAD yang ditawarkan didalam varian Wi-Fi dan 4G.

Infinix XPAD adalah sebuah tablet kelas midrange dengan skrin paparan LCD berukuran 11.0-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya tampil dengan chasis unibodi keluli yang juga memiliki sensor kamera 8MP dihadapan dan belakang.

Infinix XPAD kini rasmi di Malaysia - tablet mampu milik pada harga dari RM 699 3

Selain itu, Infinix XPAD juga dikuasakan cip Helio G99, 4GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ianya juga hadir dengan bantuan suara Folax yang dikuasakan ChatGPT.

Seterusnya, tablet pertama Infinix ini juga memiliki bateri 7,000mAh dengan pengecasan 18W dan 4 pembesar suara.

Infinix XPAD kini rasmi di Malaysia - tablet mampu milik pada harga dari RM 699 4

Infinix XPAD kini ditawarkan di Malaysia  didalam tiga warna iaitu  Frost Blue, Stellar Grey, dan Titan Gold pada harga RM 699 bagi versi Wi-Fi(4/256GB) dan RM 899 bagi versi 4G LTE (8/256GB). Setiap pembelian Infinix XPAD akan menerima Leather Cover namun pembelian versi 4G akan turut menerima papan kekunci secara percuma.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.