Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicBook Art 14 akan dijual secara rasmi bermula 20 September ini – RM 5,999

HONOR MagicBook Art 14 akan dijual secara rasmi bermula 20 September ini - RM 5,999 1

 

HONOR MagicBook Art 14 akan dijual secara rasmi bermula 20 September ini - RM 5,999 2

HONOR Malaysia telah mengumumkan bahawa komputer riba canggih yang dikuasakan AI, HONOR MagicBook Art 14, akan tersedia di seluruh negara mulai esok, 20 September 2024 pad harga RM5,999 sahaja.

komputer riba berprestasi tinggi ini menampilkan pemproses Intel Core Ultra 5 125H dan Intel Arc Graphics barsama 16GB RAM dan storan 1TB, peranti ultra-nipis ini didatangkan dalam warna Emerald Green.

HONOR MagicBook Art 14 akan dijual secara rasmi bermula 20 September ini - RM 5,999 3

Seterusnya, spesifikasi lain MagicBook Art 14 ini adalah skrin paparan OLED 14.6-inci yang memiliki resolusi 3,120×2,080 (nisbah 3:2) dengan kecerahan 700-nits, 6 pembesar suara, bateri 60 Wh yang mampu dicaj penuh didalam masa 95 minit, sensor capjari, NFC, kamera web boleh tanggal, Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 6.

HONOR MagicBook Art 14 akan dijual secara rasmi bermula 20 September ini - RM 5,999 4

Dalam pada itu, setiap pembelian HONOR MagicBook Art 14 juga akan menerima dengan pakej hadiah percuma bernilai RM1,106, terdiri daripada beg galas HONOR, jaminan lanjutan 1+2 tahun, dan langganan percuma Microsoft 365 selama setahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.