Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicPad 2 kini mula dijual di Malaysia pada harga RM 2,799

HONOR MagicPad 2 kini mula dijual di Malaysia pada harga RM 2,799 1

HONOR MagicPad 2 kini mula dijual di Malaysia pada harga RM 2,799 2

HONOR MagicPad 2 yang dikuasakan oleh teknologi AI termaju, kini telah mula ditawarkan untuk pembelian di Malaysia pada harga RM2,799, tablet ini didatangkan dengan HONOR Magic Pencil 3 dan papan kekunci HONOR Magic Keyboard percuma bernilai RM898.

Dengan storan 12GB + 8GB RAM dan 256GB ROM, HONOR MagicPad 2 tersedia dalam dua warna iaitu Moonlight Whitedan Black.

Dengan rekaan minimalis yang canggih dan mementingkan ketahanan, tablet ini boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Mengulas kembali spesifikasi, HONOR MagicPad 2 ini hadir dengan skrin paparan OLED 3.1K berukuran 12.3-inci dengan resolusi 3,000 x 1,920 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, 12GB RAM, storan 256GB, bateri 10,500mAh dengan pengecasan pantas 66W, kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 9MP.

Selain itu, MagicPad 2 ini juga beroperasi dengan MagicOS 8.0 (Android 14) dengan ciri AI yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, 8 pembesar suara dengan pensijilan IMAX Enhanced serta sokongan stylus Magic Pen 3.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.