Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR sapu 39 anugerah ‘Best of IFA’ untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 1

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 2

HONOR telah mengesahkan bahawa syarikat ini telah  memenangi 39 anugerah ‘Best of IFA’ yang berlangsung baru-baru ini.

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 3

Paling mencuri tumpuan dunia adalah HONOR Magic V3 , yang telah mentakrifkan semula telefon boleh lipat dengan profil ultra-nipis 9.2mm semasa dibuka. HONOR MagicBook Art 14 pula menampilkan kamera mekanikal mudah tanggal yang unik, mengimbangi pengalaman visual dan privasi dalam komputer riba yang amat ringan.

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 4

Dalam pada itu, tablet HONOR MagicPad2 juga amat menawan dengan paparan OLED 12.3 inci, audio ruangan, dan teknologi perlindungan mata. Peranti-peranti ini mempamerkan komitmen HONOR kepada rekaan termaju serta inovasi bertumpukan pengguna meliputi pelbagai kategori produknya.

Kemunculan pertama HONOR Magic V3 di pentas global semasa IFA 2024 di Berlin, Jerman telah menerima pujian yang amat memberangsangkan daripada media peneraju teknologi sedunia. TechRadar menobatkan peranti tersebut sebagai “Best of IFA 2024”, dengan menyatakan “Tidak disangka bahawa memegangnya di tangan dan merasai kenipisan peranti ini merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan.”

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 5

Sentimen ini turut dikongsi oleh Trusted Reviews, yang memfokus terhadap kenipisan 9.2mm HONOR Magic V3 yang amat mengagumkan dengan berkata, “Di atas pentas ini ialah peranti boleh lipat yang paling nipis pernah kita saksikan, dan semuanya menjadi lebih baik dan sempurna dengannya.”

Keghairahan ini berterusan dengan Android Authority yang memperincikan terhadap potensi HONOR Magic V3 menyuntik nafas baharu ke dalam pasaran telefon boleh lipat, dengan berkata, “HONOR Magic V3 ialah telefon boleh lipat seperti buku yang paling nipis di dunia.”

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 6

Pengiktirafan daripada media peneraju teknologi yang dihormati ini menterjemahkan hasrat HONOR untuk sentiasa berusaha ke hadapan dalam teknologi peranti boleh lipat, dengan HONOR Magic V3 menetapkan tanda aras yang baharu untuk rekaan dan kefungsian dalam landskap peranti flagship yang kompetitif.

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 7

Selain itu, HONOR MagicBook Art 14 juga telah menambat perhatian media peneraju teknologi di IFA 2024. XDA Developers memberikan tumpuan kepada keseimbangan yang sempurna antara kualiti paparan dengan kamera pasang tanggal yang inovatif, dengan berkata, “Idea yang ringkas ini adalah satu kepintaran yang ingin saya lihat dicuba oleh syarikat-syarikat lain.”

Yanko Design juga amat kagum dengan rekaan peneraju industri yang inovatif, dengan mengatakan, “HONOR baru sahaja menjatuhkan Apple MacBook dengan cara yang penuh gaya.” Komen-komen ini menyorot komitmen HONOR terhadap inovasi, meletakkan HONOR MagicBook Art 14 sebagai produk peneraju dalam pasaran komputer riba ultra-ringan yang kompetitif.

HONOR sapu 39 anugerah 'Best of IFA' untuk Magic V3, MagicBook Art 14 dan MagicPad 2 8

Di samping itu, HONOR MagicPad2 juga menerima pengiktifan tinggi semasa pada IFA 2024, dengan media teknologi tersohor menyanjungi keupayaan audio visual yang luar biasa dan teknologi perlindungan mata yang termaju.

Dengan tumpuan terarah kepada produktiviti dan prestasi visual, Android Headlines merakamkan, “HONOR MagicPad2 yang baharu ini merupakan tablet Android yang amat berkuasa dalam pasaran ketika ini”.

Les Numeriques juga teruja dengan pengalaman produktiviti imersif tablet ini, dengan menyatakan bahawa HONOR MagicPad2 ialah “tablet bertaraf tinggi dengan AI untuk menggalakkan produktiviti”.

Penerimaan yang amat menggalakkan terhadap inovasi terkini HONOR di IFA 2024 menegaskan komitmen berterusan jenama ini untuk menembusi sempadan teknologi dan merealisasikan pengalaman pengguna yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, HONOR MagicBook Art 14 dan HONOR MagicPad2, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.