Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 1

Screenshot

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 2

Majlis pelancaran Apple awal pagi tadi telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus yang tampil dengan cip Apple A17 Pro yang turut membawakan ciri Apple Intelligence selain turut memiliki Action Button dan butang Camera Control.

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 3

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus tampil dengan skrin paparan Retina XDR berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci yang menawarkan kecerahan sehingga 1200 nits dan HDR serta Dynamic Island. Panel ini masih merupakan panel 60Hz sahaja yang agak mengecewakan pada tahun 2024 namun panel ini mempunyai bezel yang lebih nipis.

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 4

Selain itu, iPhone 16 dan iPhone 16 Plus dikuasakan cipset Apple A18  yang merupakan cip 3nm generasi kedua terbaru Apple  dan ianya mungkin disertakan dengan 8GB RAM.

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 5

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus tampil sensor utama 48MP yang menjanjikan prestasi low-light lebih baik bersama kamera ultrawide 12MP dengan pemfokusan auto dan fotografi makro.

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 6

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

Selain  itu, sistem komunikasi satelite dan pengesanan kemalangan yang akan menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa dan ianya mampu mengesan impak sehingga 256G masih ditawarkan.

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus kini rasmi dengan cip 3nm Apple A18 dan butang Camera Control 7

Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 3,999 didalam 5 warna iaitu ultramarine, teal, pink, white dan black dimana pra-tempahan akan dibuka dari 13 September ini.

Berikut adalah harga iPhone 16 dan iPhone 16 Plus di Malaysia :

  • Apple iPhone 16 128GB – RM 3,999
  • Apple iPhone 16 256GB – RM 4,499
  • Apple iPhone 16 512GB – RM 5,499
  • Apple iPhone 16 Plus128GB – RM 4,499
  • Apple iPhone 16 Plus 256GB – RM 4,999
  • Apple iPhone 16 Plus 512GB – RM 5,999

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.