Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra – Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 1

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 2

Pengenalan 

Samsung Galaxy Watch Ultra adalah sebuah tangan premium yang dilancarkan untuk menjadi pencabar utama kepada Apple Watch Ultra didalam kategori jam tangan pintar kelas flagship walaupun kedua model ini disasarkan kepada kelompok pengguna yang berbeza.

Selain itu, Galaxy Watch Ultra menampilkan rekaan yang lebih kukuh dengan pengunaan elemen seperti titanium, sapphire dan seramik menjadikanya sebagai jam tangan pintar yang verstail selain turut disasarkan kepada peminat sukan lasak.

Walaupun tampil dengan rekaan yang lebih kukuh dan premium, Galaxy Watch Ultra masih memiliki saiz skrin yang sama dan ukuran yang sama iaitu 47mm dan berat yang hampir sama seperti Watch6 Classic.

Untuk mengetahui tentang potensi dan bagaimana pengalaman kami bersama Galaxy Watch Ultra, teruskan membaca ulasan kami ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch Ultra

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 3

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Watch Ultra menampilkan rekaan yang lebih unik dengan chasis yang diperbuat daripada bahan berketahanan tinggi. Jam pintar ini mempunyai rekaan yang bulat iaitu pada skrin dengan chasis seperti segi empat dan terdapat gelung yang mengelilingi skrin untuk melindungi paparan dan sebarang pelanggaran.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 4

Dalam pada itu, paparan Samsung Galaxy Ultra ini dilapisi gelas sapphire manakala keseluruhan rangka Galaxy Watch Ultra diperbuat daripada titanium gred 4 manakala pada bahagian bawah diperbuat daripada seramik dan gelas sapphire selain turut menempatkan sensor BioActive.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 5

Walaubagaimanapun, sisi jam ini kelihatan diperbuat daripada plastik yang turut menempatkan dua butang fungsi dan Quick Button didalam warna oren.

Menariknya, walaupun dengan rekaan yang lebih agresif bersama bateri lebih besar, Samsung Galaxy Watch Ultra ini mempunyai berat 61 gram iaitu hanya 1 gram lebih berat berbanding Galaxy Watch6 Classic.

Bercakap mengenai penarafan yang dimiliki, Samsung Galaxy Watch Ultra memiliki pensijilan gred tentera  MIL-STD 810H, kalis air dan habuk IP68 serta 10ATM. Satu lagi kelebihan Galaxy Watch Ultra berbanding model lain adalah kebolehan digunakan didalam air sehingga kedalaman 100 meter.

Selain itu, Samsung juga mendakwa bahawa Galaxy Watch Ultra mampu beroperasi secara sempurna pada kadar suhu -20°C sehingga 55°C pada altitud sehingga 9,000 meter.

Seterusnya, Samsung Galaxy Watch Ultra hadir didalam tiga kemasan titanium iaitu Titanium Silver, Titanium Gray dan Titanium White. Bergantung kepada warna pilihan anda, warna tali Galaxy Watch Ultra juga berbeza dimana Titanium Black hadir dengan tali berwarna oren, Titanium Silver dengan tali berwarna kelabu dan Titanium White dengan tali berwarna putih.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 6

Bercakap mengenai penukaran tali, Galaxy Watch Ultra hadir dengan Dynamic Lug System yang memudahkan penukaran tali dengan hanya menekan butang kecil dan mekanisma ini adalah eksklusif untuk Watch Ultra yang bermaksud anda tidak boleh menggunakan tali jam Galaxy Watch yang lain pada jam ini.

Secara keseluruhan, reka bentuk Galaxy Watch Ultra ini adalah jauh lebih baik berbanding Galaxy Watch yang lain namun tali pada jam ini dilihat agak besar dan terdapat sedikit kesukaran untuk memakai dan membuka jam ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 7

Spesifikasi dan Sensor

Agak mengejutkan, Samsung Galaxy Watch Ultra hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 1.5-inci yang sama seperti pada Galaxy Watch6 Classic dengan  kecerahan maksima sehingga 3,000nits yang mana pasti ramai pengguna beranggapan bahawa Galaxy Watch Ultra pastinya hadir dengan paparan yang lebih besar.

Ini tidak bermaksud Galaxy Watch Ultra memiliki profil yang kecil kerana chasis titanium menjadikan jam tangan pintar ini kelihatan lebih besar berbanding jam tangan Galaxy Watch yang lain.

Dalam pada itu, skrin Galaxy Watch Ultra ini juga memiliki lapisan gelas sapphire dengan resolusi 480×480 piksel dan terdapat juga mod malam yang akan teraktif secara automatik.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 8
Ciri Double Pinch boleh digunakan untuk mengambil gambar, menjawab panggilan dan menutup penggera

Beralih kepada cipset, Galaxy Watch Ultra hadir dengan cip Exynos W1000 yang merupakan cip 3nm pertama pada Galaxy Watch Series. Ianya menawarkan prestasi CPU 3x lebih baik berbanding cipset pada generasi sebelum ini yang menjadikanya jam tangan ini lebih responsif kepada interaksi dan operasi harian yang lebih lancar.

Dalam pada itu, cip W1000 ini juga dipadankan dengan 2GB RAM dan storan 32GB yang membolehkan anda memuatnaik aplikasi dan muzik.

Seterusnya, Galaxy Watch Ultra juga menawarkqn jangka hayat bateri yang lebih baik dengan penggunaan cipset ini dan ianya boleh dikatakan sebagai antara jam pintar Wear OS dengan jangka hayat bateri yang terbaik.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 9

Beralih kepada sensor yang digunakan pada Galaxy Watch Ultra, ianya dilengkapi sensor Accelerometer, Barometer, Sensor Bioelectrical Impedance Analysis, Sensor Jantung Elektrik, Sensor Gyro, Sensor Geomagnetik, Sensor Suhu Inframerah, Sensor Cahaya dan Sensor Degupan Jantung Optikal.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 10

Dalam pada itu, Galaxy Watch Ultra juga membawakan teknologi GPS yang paling tepat pada Galaxy Watch Series dengan menggabungkan jalur frekuensi L1 dan L5, Galaxy Watch Ultra merekodkan aktiviti anda dengan ketepatan yang tinggi.

Akhir sekali, Sensor BioActive pada Galaxy Watch Ultra juga lebih besar dan ini membolehkan Ia mengukur air melalui galangan dan menilai komposisi badan anda dari segi jisim otot tanpa lemak, peratusan lemak badan, berat air, BMI dan juga kadar metabolisme basal.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 11

Ciri Kesihatan dan Kecergasan

Samsung Galaxy Watch Ultra beroperasi pada Wear OS 5 yang merupakan generasi terkini Wear OS dengan UI One UI Watch 6.

Wear OS menawarkan integrasi mendapat dengan produk Google dan aplikasi lain pada telefon pintar Android anda ( Galaxy Watch Ultra tidak boleh digunakan bersama peranti iOS).

Selain itu, dengan cip 3nm baharu pada Galaxy Watch Ultra ini, setiap interaksi dan penggunaan jam tangan pintar ini adalah lancar dan pantas.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 12

Seterusnya, Watch Ultra boleh digunakan bersama aplikasi Samsung Wearable yang menawarkan anda akses tetapan yang lebih mudah termasuk koleksi Watch Faces, Tiles, Quick Panel, Apps Screen dan banyak lagi.

Satu lagi penambahan baru pada Galaxy Watch Ultra adalah Quick Button dan Samsung memberikan anda kebebasan untuk menetapkan pintasan tersuai pilihan anda pada Samsung Wearable.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 13

Lebih lanjut, Quick Button juga boleh digunakan untuk mengaktifkan siren kecemasan yang menawarkan output bunyi sangat kuat iaitu sehingga 86dB yang sudah pastinya berguna pada waktu kecemasan. Untuk mengaktifkan siren, anda hanya perlu menekan Quick Button selama 5 saat.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 14

Satu lagi ciri kecemasan yang disertakan pada Samsung Galaxy Watch Ultra adalah SOS yang mampu mengesan sekiranya anda terjatuh dan menawarkan akses pantas kepada bantuan kecemasan dengan segara. Emergency SOS pula boleh diaktfikan dengan menekan butang bahagian atas sebanyak 5 kali berturut-turut.

Beralih kepada aspek kesihatan, Samsung Galaxy Watch Ultra menawarkan peningkatan dari segi kesihatan dan keupayaan pengesanan kecergasan.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 15

Ianya juga membolehkan anda mengimport data GPX untuk menawarkan anda navigasi turn-by-turn dan ciri track back yang membolehkan anda kembali semula ke titik permulaan sekiranya sesat.

Selain itu, aktiviti berbasikal  juga lebih baik sekarang kerana anda boleh menetapkan laluan anda sendiri dan berlumba dengan masa anda sendiri apabila anda mengambil laluan yang sama. Anda akan mendapat kemas kini masa nyata tentang prestasi anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 16

Seterusnya, Galaxy AI digunakan untuk menentukan Energy Score anda, yang terdiri daripada penanda kesihatan yang berbeza – tidur, degupan jantung semasa tidur dan senaman harian.

Anda akan menerima skor harian berdasarkan faktor ini dan jika terdapat aspek kesihatan yang memerlukan perhatian anda, aplikasi Samsung Health akan membimbing anda dengan memberikan petua untuk meningkatkan tabiat harian anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 17

Dua ciri yang hanya ditawarkan dipasaran terpilih adalah bacaan ECG dan Heart rate variablitiy namun ciri ini hanya boleh digunakan bersama telefon pintar Samsung Galaxy sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 18

Akhir sekali, Galaxy Watch Ultra juga boleh melakukan bacaan glikasi iaitu menjejak paras gula dalam darah anda, dan ini tidak terhad kepada telefon Samsung sahaja. Jam akan membuat bacaan ini semasa anda tidur. Ia memberi anda Indeks AGEs yang menunjukkan kesihatan metabolik semasa anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 19

Jangka Hayat Bateri

Jangka hayat bateri Samsung Galaxy Watch Ultra adalah satu ciri utama yang sering disebut dan ianya didakwa mampu menawarkan anda sehingga 48 jam pengunaan atau 100 jam waktu penggunaan pada mod power-saving.

Menkuasakan jam pintar Ultra Samsung ini adalah bateri 590mAh yang mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang baik namun ianya bergantung kepada corak penggunaan yang termasuk mengaktifkan ciri seperti always-on display dan raise-to-wake.

Selain itu, pengecasan jam pintar Galaxy Watch Ultra ini mengambil masa sekitar 2 jam untuk pengecasan penuh dari 0% menggunakan pengecas tanpa wayar (magnetik) yang disertakan. Ianya juga menyokong pengecasan tanpa wayar yang dikeluarkan oleh Samsung dan sokongan reverse wireless charging yang eksklusif pada peranti Samsung Galaxy sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra - Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy 20

Penutup

Samsung Galaxy Watch Ultra adalah jam tangan pintar Ultra pertama didalam eksosistem Galaxy dan kita boleh rumuskan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang pencabar terdekat didalam pasaran jam tangan premium Android.

Pasti ramai yang memikirkan Galaxy Watch Ultra adalah pencabar kepada Apple Watch Ultra 2, namun ianya tidak wajar kerana Apple Watch Ultra 2 tidak menyokong penggunaan cross-platform dan ini juga sama bagi Galaxy Watch Ultra yang tidak boleh digunakan bersama iPhone.

Samsung Galaxy Watch Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,399 namun ianya boleh dibeli bersama diskaun sebanyak 15% bagi pembelian di Samsung Online Store dan percuma Adventure Pack yang bernilai RM 806 yang terdiri daripada Waterproof Pouch, Galaxy Smart Tag2, 15W PD Power Adapter dan Wireless Battery Pack 10,000mAh.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch Ultra di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.