ULASAN : HONOR Magic V3 – lupakan tentang iPhone 16, cuba sesuatu yang baru!
Pengenalan
HONOR memulakan tahun 2024 dengan pelancaran telefon pintar foldable ternipis dunia iaitu HONOR Magic V2 dan pengumuman terbaru syarikat ini di IFA 2024 sebentar tadi bermaksud ianya akan mungkin mengakhiri gelombang pelancaran tahun 2024 dengan pelancaran satu lagi telefon pintar foldable.
Telefon pintar yang kami maksudkan adalah HONOR Magic V3 yang merupakan telefon pintar paling nipis, ringan dan berketahanan tinggi dipasaran.
Selain itu, HONOR Magic V3 juga telah berkerjasama dengan Google Cloud untuk membawakan ciri terkini AI yang menjadikanya telefon pintar foldable AI pertama syarikat ini.
Lebih menarik, pasaran Malaysia boleh dikatakan sentiasa ‘istimewa’ untuk HONOR namun pelancaran Magic V3 adalah lebih istimewa kerana pelancaran di Malaysia berlangsung serentak dengan pelancaran global.
Dengan pelancaran Apple iPhone 16 Series berbaki beberapa hari sahaja lagi, HONOR Magic V3 boleh dikatakan sebagai pencabar utama kepada telefon pintar keluaran Apple yang tidak banyak berbeza pada setiap generasi yang dikeluarkan.
Jom baca ulasan HONOR Magic V3 yang kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 6,999.
Reka Bentuk
Walaupun hanya melancarkan telefon pintar foldable bermula tahun 2022, evolusi telefon pintar foldable HONOR adalah sesuatu yang tidak kurang menakjubkan.
Pada tahun 2020, HONOR Magic V dilancarkan dengan reka bentuk yang jika kita lihat sekarang boleh dikatakan agak ketinggalan zaman iaitu dengan ketebalan 14.3mm apabila dilipat dan 6.7mm apabila lipatan dibuka.
Beralih ke tahun 2023, HONOR telah memperkenalkan HONOR Magic Vs yang mempunyai ketebalan 12.9mm dan 6.1mm apabila dibuka yang sudah pastinya lebih nipis berbanding generasi sebelum ini.
Dalam pada itu tahun 2024 telah menyaksikan HONOR mengubah rekaan telefon pintar foldable dengan memperkenalkan HONOR Magic V2 sebagai telefon pintar foldable paling nipis didunia dengan ketebalan hanya 9.9mm yang mana ianya lebih nipis berbanding beberapa telefon pintar tradisional (bar phone) dipasaran.
Menariknya, rekod telefon pintar foldable ternipis di pasaran milik Magic V2 ini langsung tidak dapat diatasi sehingga kini dan ianya hanya berjaya oleh pengganti telefon pintar foldable ini iaitu HONOR Magic V3 dengan ketebalan 9.2mm apabila dilipat atau hanya 4.35mm sahaja apabila dibuka sepenuhnya. HONOR juga berjaya mengurangkan berat Magic V3 ini kepada 226gram sahaja iaitu 5gram lebih ringan berbanding Magic V2.
Untuk penyelesaian terbaik dalam mengurangkan ketebalan peranti sambil meningkatkan ketahanan, HONOR telah mengubahsuai komponen teras engsel, menjadikannya lebih ringan, nipis dan mudah untuk dibuka dan ditutup dengan kekuatan tegangan sehingga 2100MPa.
Selain itu, engsel HONOR Shield Steel generasi kedua pada Magic V3 juga lebih tahan lasak dimana ianya mampu menahan sehingga 500,000 kitaran lipatan yang bermaksud jika ianya dilipat secara purata sebanyak 100 kali sehari, engsel Magic V3 akan kekal kukuh sehingga 13 tahun penggunaan dan ianya juga menerima SGS Durability Certification.
Selain itu, HONOR Magic V3 juga mempunyai penarafan IPX8 yang menjanjikan penarafan kalis air yang sempurna (sehingga kedalaman 2.5 meter) namun perlindungan dari habuk masih belum ditawarkan pada generasi kali ini.
Bercakap mengenai warna, HONOR Magic V3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Mossy Green seperti unit ulasan kami, Silk Brown dan Classic Black.
Secara keseluruhan, rekaan HONOR Magic V3 meneruskan lagi ‘continuous improvement’ syarikat ini di dalam pasaran foldable namun pada masa yang sama telah memperbaharui rekod sebagai telefon pintar foldable ternipis dan paling ringan didunia.
Ketahanan HONOR Magic V3 juga telah ditambahbaik pada bahagian skrin dan teruskan membaca bahagian seterusnya untuk mengetahui kisah hebat dua panel skrin yang ditawarkan pada telefon pintar boleh lipat ini.
Skrin Paparan
HONOR Magic V3 skrin paparan boleh lipat berukuran 7.92-inci yang memberikan anda pengalaman seperti pada tablet yang menawarkan pengguna pengalaman tontonan lebih imersif dan memuaskan.
Selain itu, panel utama ini adalah foldable OLED yang mempunyai resolusi 2344 × 2156 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kemampuan untuk memaparkan lebih 1.07 bilion warna.
Anda mungkin merasakan ianya adalah panel yang sama seperti pada Magic V2, namun HONOR telah meningkatkan ketahanan skrin boleh lipat ini dengan teknologi HONOR Super Armored Inner Screen yang diperbuat daripada gel silikon kalis hentaman yang mana apabila paparan dalaman terjatuh, gel ini mula memejal dalam masa milisaat. Teknologi ini menawarkan peningkatan 500% dalam rintangan calar geseran dan peningkatan 20% dalam rintangan hentaman.
Dalam pada itu, Panel skrin HONOR ini juga boleh digunakan walaupun dengan jari yang basah akibat hujan atau baru sahaja selesai membasuh tangan.
Beralih kepada skrin luaran, HONOR Magic V3 memiliki panel skrin berukuran 6.43-inci yang menawarkan anda pengalaman skrin seperti sebuah telefon pintar tradisional. Ianya juga memiliki kecerahan maksima sehingga 5,000nits, kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin kepada rangka yang sangat tinggi iaitu 91.10%.
Seterusnya, skrin paparan luaran Magic V3 ini juga memiliki lapisan Anti-scratch NanoCrystal Shield yang lebih tahan lasak dan ianya adalah 10 kali ganda lebih tahan jatuhan dan calar berbanding lapisan gelas biasa dan ianya juga telah menerima penarafan 5 bintang Swiss SGS Glass Scratch & Drop Resistance in Multiple Scenario.
Selain itu, HONOR kini menawarkan sokongan stylus Magic-Pen pada skrin dalaman dan luaran untuk pengalaman membuat kerja atau melukis yang lebih professional. Setiap pra-tempahan HONOR Magic V3 akan menerima stylus Magic Pen secara percuma.
Dalam pada itu, Magic V3 juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk membawa teknologi AI Defocus Eye Protection yang mana ianya akan diaktifkan apabila anda membaca atau melihat skrin telefon untuk tempoh masa yang lama, skrin Magic V3 secara automatik akan mensimulasikan kesan cermin mata rabun, mengurangkan perkembangan miopia dan gejala miopia sementara. Ketika pelancaran Magic V3, ciri AI Defocus ini disokong pada aplikasi YouTube dan Google Play Book.
Secara keseluruhanya, kedua-dua paparan HONOR Magic V3 bukanya menawarkan anda fungsi sebagai sebuah telefon pintar dan tablet, ianya kini lebih tahan lasak dengan teknologi HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield pada skrin luar dan HONOR Super Armored pada skrin dalaman.
Untuk ketenangan minda tambahan, HONOR juga akan menawarkan pelan 365 Days Screen Protection yang meliputi skrin paparan dalaman dan luaran HONOR Magic V3 .
Pemproses
HONOR Magic V2 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang merupakan cipset berkuasa tinggi terbaik bagi tahun 2024. Bersama cip ini, Magic V2 juga memiliki 12GB RAM dan storan dalaman 512.
Kemampuan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan pada Magic V3 adalah setaraf kebanyakkan telefon pintar flagship Android yang dikeluarkan sepanjang tahun ini namun menyesuaikanya kepada ekosistem foldable adalah lebih mustahak. Walaupun nipis, HONOR Magic V3 masih dilengkapi sistem penyejukan HONOR Titanium Vapor Chamber yang mempunyai ketebalan hanya 0.22mm berat 1.5g namun kecekapan penyejukan telah dipertingkatkan sebanyak 53%.
Bagi memperhebatkan pengalaman AI pada telefon pintar foldable, HONOR telah mengumumkan kerjasama dengan Google Cloud untuk membawakan ciri-ciri AI terkini ke telefon pintar HONOR Magic V3
Kolaborasi telah memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti AI Eraser, Face to Face Translation, dan HONOR Notes.
Sebagai tambahan kepada ciri-ciri yang canggih ini, HONOR Magic V3 menampilkan juga Magic Portal yang baharu, menawarkan pengalaman mudah dan pintar yang menarif semula cara pengguna berinteraksi dengan peranti mereka.
Berikut adalah bagaimanakah ciri-ciri AI pada HONOR Magic V3 boleh mengubah kehidupan seharian, meningkatkan kerja, memudahkan perjalanan, dan memberi makna dalam interaksi sosial.
~ HONOR AI Eraser
Memanfaatkan kuasa teknologi generatif AI yang dimajukan dengan kolaborasi bersama Google Cloud, ciri AI Eraser pada HONOR Magic V3 membolehkan pengguna membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar mereka dengan mudah. Sama ada terdapat orang di landskap gambar atau objek yang tidak dikehendaki, AI Eraser boleh mereka semula latar belakang dengan lancar untuk hasil gambar yang amat menarik.
~ Face to Face Translation
Ciri Face to Face Translation HONOR direka untuk mengurangkan hambatan bahasa dengan menyediakan terjemahan segera semasa perbualan secara langsung. Ciri ini amat berguna semasa bertanyakan arah apabila berkunjung ke luar negara, semasa berbual, atau memahami percakapan dalam bahasa asing. Pada masa ini, Face to Face Translation menyokong 10 bahasa, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Arab, dan Bahasa Malaysia.
~ AI HONOR Notes
Ciri Voice to Text pada HONOR Notes memanfaatkan teknologi pengenal pasti suara AI bagi mengalih susun sebutan perkataan kepada teks dengan tepat, membolehkan pengguna untuk merakam nota secara langsung dengan lancar. Setelah merakam, pengguna boleh mengakses transkrip bertulis dalam aplikasi HONOR Notes dengan mudah pada bila-bila masa. Ciri ini juga mengasingkan bunyi latar belakang dengan menumpukan sepenuhnya pada suara pengguna bagi mengurangkan kesalahan ejaan.
Selain itu, HONOR Notes juga dilengkapi dengan keupayaan penterjemahan yang dikuasakan oleh Google Cloud bagi membolehkan pengguna menterjemah teks atau input suara kepada beberapa bahasa secara langsung dalam aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, aplikasi HONOR Notes juga menyokong rakaman audio yang boleh ditukarkan kepada teks. Ianya juga mampu mengesan perbualan beberapa orang didalam sesuatu mesyuarat dan mengasingkan audio tersebut mengikut individu tersebut.
Ciri ini sudah pastinya sangat berguna kepada golongan professional didalam mesyuarat atau kepada pelajar yang mahu menukar audio pengajaran pensyarah kepada teks untuk rujukan.
~ Ciri Magic Portal – Circle to Do More
Ciri Magic Portal yang baharu ini telah menambahbaik ciri penugasan berbilang dengan memberikan pengguna kebolehan untuk berkongsi dan mencari maklumat secara serentak. Pengguna hanya perlu bulatkan teks, alamat, atau imej menggunakan buku jari dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal.
Pada HONOR Magic V3, pengguna kini boleh membuka dua Magic Portal dengan serentak untuk membuat carian seperti perbandingan harga dan kemudahan pelayaran Internet.
~ Super Split Screen
Seterusnya, HONOR Magic V3 juga tampil dengan mod Super Split Screen yang hadir sebagai ciri terbaik untuk peminat permainan video mudah alih.
Teknologi pemaparan pemisahan lapisan permainan yang unik memisahkan lapisan adegan utama dan lapisan operasi permainan, mencapai kesan paparan yang lebih baik, skrin penuh tanpa halangan, benar-benar memberikan pengguna pengalaman split screen yang sebenar.
Ketika pelancaran Super Split Screen hanya menyokong permainan Honor of Kings (versi China sahaja). Selepas memasuki permainan, leret keluar game center dari sebelah kiri dan pilih Super Split Screen.
Secara keseluruhan, HONOR telah memperkenalkan pelbagai ciri AI yang terhasil dengan kerjasama Google Cloud yang sudah pastinya memudahkan pengguna menjalani kehidupan yang lebih teratur selain memudahkan kerja-kerja yang rumit.
Kamera
Fotografi pada telefon pintar boleh lipat HONOR sentiasa setaraf kebanyakkan telefon pintar flaghsip lain dipasaran dan Magic V3 juga tidak terkecuali. HONOR Magic V3 juga hadir sebagai telefon pintar foldable pertama dengan sensor periskop telefoto yang menawarkan 100x zoom.
Untuk memberikan pengguna fotografi setaraf telefon pintar flagship tradisional dipasaran, HONOR Magic V2 ini tampil dengan sensor utama 50MP f/1.9 dengan OIS, , sensor telefoto periskop 50MP dengan OIS, 3.5x zoom optikal dan sehingga 100x zoom digital. Sensor terakhir pada Magic V3 ini adalah sensor ultrawide + makro 40MP yang menawarkan fotografi kanta lebar 112° atau fotografi makro sedekat 2.5cm.
Dalam pada itu, HONOR Magic V3 juga tampil dengan ciri HONOR AI Motion Sensing Capture yang akan mengambil gambar secara automatik tanpa perlu menekan butang shutter (apabila mengesan pergerakan). ciri ini membolehkan detik pantas yang mempunyai pergerakan laju seperti menyepak, melompat atau menari ditangkap dengan kejelasan dan ketelitian yang lebih jitu.
Portrait Harcourt
Paling mencuri tumpuan pada bahagian fotografi pada HONOR Magic V2 sudah pastinya kolaborasi syarikat ini dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt bagi membangunkan HONOR AI Portrait Engine secara bersama yang membolehkan telefon pintar ini menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio.
Pada aplikasi kamera, anda boleh melihat ikon Harcourt yang menawarkan anda tiga filter khas iaitu Classic, Color dan Vibrant yang dibangunkan oleh studio ini menggunakan kepakaran mereka didalam bidang potret bersama teknologi AI.
Bercakap mengenai kamera selfie, HONOR Magic V3 dilengkapi dua sensor 20MP pada skrin luar dan skrin dalam yang menawarkan anda fotografi swafoto yang memuaskan.s
Secara keseluruhan, aspek fotografi HONOR Magic V3 telah menunjukkan peningkatan apabila dibandingkan dengan Magic V2 kerana ianya kini menawarkan anda fotografi makro, potret professional Harcourt, dan kebolehan zoom sehingga 100x dengan sensor periskop.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan HONOR Magic V3 :
Bateri
HONOR Magic V3 dilengkapi bateri berkapasiti 5,150mAh yang merupakan bateri Silikon Karbon generasi ketiga daripada syarikat ini. Bateri ini mempunyai ketebalan hanya 2.6mm setiap bateri dan ianya juga adalah bateri telefon pintar pertama dengan kandungan 10% silikon yang menjadikanya lebih nipis dan memberikan jangka hayat bateri yang luar biasa.
Dalam pada itu, Magic V3 juga menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang masih kekal sebagai antara teknologi pengecasan terpantas pada peranti foldable dan ini mampu membolehkan pengecasan penuh dicapai didalam masa 45 minit sahaja.
Selain itu, HONOR Magic V3 juga menjadi telefon pintar foldable pertama HONOR untuk hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 50W Wireless HONOR SuperCharge dan anda akan juga akan menerima HONOR SuperChage wireless charging stand (max 100W) dengan pra-tempahan telefon pintar ini.
Penutup
Telefon pintar foldable HONOR Magic V Series mungkin hanya berusia 2 tahun namun kemajuan teknologi yang dibawa oleh syarikat ini ke pasaran foldable ada tidak kurang menakjubkan.
Sebagai telefon pintar foldable AI ternipis didunia, HONOR Magic V3 masih menawarkan spesifikasi tang setaraf dengan kebanyakkan telefon pintar flagship tradisional lain dipasaran.
Jika anda bertanya kami, perlu ke untuk menunggu pelancaran Apple iPhone 16 Series yang akan berlangsung minggu hadapan?, jawapanya adalah tidak kerana sama seperti tahun sebelum ini, iPhone 16 akan hadir dengan rekaan yang membossnkan dan ciri yang dikitar semula dari peranti Android sahaja.
HONOR Magic V3 adalah telefon pintar yang patut anda dapatkan jika anda mahu peranti foldable yang sama seperti telefon pintar tradisional namun lebih kukuh, ringan dan nipis.
Dapatkan HONOR Magic V3 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,999 dan pra-tempahan telefon pintar ini kini telah dibuka.
Dapatkan HONOR Magic V3 di laman rasmi HONOR Malaysia