Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga – RM 6,999

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 1

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 2HONOR secara rasminya telah telefon pintar HONOR Magic V3 dipasaran global dan  telefon pintar foldable ini adalah lebih nipis dan ringan serta lebih kukuh.

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 3

Ini bermaksud, Magic V3 kini merangkul gelaran telefon pintar foldable ternipis didunia dengan ketebalan 9.2mm (4.35mm ketika dibuka sepenuhnya) dan berat 226gram.

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 4

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V3 memiliki skrin paparan  LTPO OLED berukuran 7.92-inci bersama kadar segar semula  120Hz,  kecerahan maksima 1,600 nits dan kadar PWM dimming 3,840Hz. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna dan HDR10+. Terdapat kamera selfie adalah 20MP. Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield yang 10x lebih tahan calar dan jatuhan.

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 5

Selain itu, Magic V3 juga hadir dengan cover screen 8T LTPP OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 5,000nits dan kadar PWM Dimming 4,320Hz. Panel skrin ini juga dikenali HONOR Super Armored Inner Screen yang mengandungi gel silikon untuk menyerap impak dengan lebih baik.

Seterusnya , Honor Magic V3 hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 3 dengan OS Turbo X, 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. 

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 6

Beralih kepada kamera, Honor Magic V3 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/3.0 dan OIS, sensor ultrawide + makro 40MP f/2.2 dan sensor telefoto periskop 50MP dengan 3.5x zoom optik dan OIS. Kamera selfie pada cover screen juga adalah 20MP.

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 7

Seterusnya, Honor Magic V3 juga memiliki bateri berkapasiti 5,150mAh yang merupakan sel bateri silikon karbon dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Lain-lain spesifikasi HONOR Magic V3 adalah pembesar suara stereo DTS : X Ultra, penarafan IPX8,  MagicOS 8.0 dan pelbagai ciri AI dengan kerjasama Google Cloud.

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 8

Akhir sekali, HONOR Magic V3 kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 6,999.

HONOR Magic V3 kini rasmi di pasaran Malaysia pada harga - RM 6,999 9

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 2,896 yang termasuk HONOR SuperChage wireless charging stand (max 100W), stylus HONOR Magic-Pen, HONOR Watch 4 dan perlindungan 365 Days Screen Protection bagi skrin hadapan dan dalam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.