Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 dilancarkan di Malaysia serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini

HONOR Magic V3 dilancarkan di Malaysia serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini 1

HONOR Magic V3 dilancarkan di Malaysia serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini 2

HONOR telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi antara negara pertama yang akan menerima HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan serentak dengan pelancaran global di IFA 2024, Berlin Jerman pada 5 September.

HONOR Magic V3 dilancarkan di Malaysia serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini 3

Selain HONOR Magic V3, HONOR juga akan memperkenalkan dua peranti flagship terbaharu HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14. DAN pelancaran ini boleh disaksikan secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia bermula jam 8 malam.

Selain menjadi telefon boleh lipat yang paling nipis, paling ringan dan amat tahan lasak, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology yang inovatif.

Ciri ini menunjukkan komitmen HONOR terhadap kesihatan mata pengguna dengan mengurangkan ketegangan mata dan masalah rabun sementara yang disebabkan oleh tontonan skrin. AI Defocus Technology memanfaatkan algoritma AI termaju untuk menyerupai kaedah optik tradisional dengan menyelaras kemasukan cahaya ke dalam mata dan mengurangkan ketegangan mata secara mendadak.

Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut.

Buat masa sekarang, ciri ini disokong pada aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR juga merancang untuk meluaskan sokongan teknologi ini kepada beberapa aplikasi lain di masa hadapan.

HONOR Magic V3 dilancarkan di Malaysia serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini 4

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.