Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September ini

Apple iPhone 16 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September ini 1

Apple iPhone 16 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September ini 2

Apple secara rasminya telah mengesahkan pelancaran Apple iPhone 16 Series akan berlangsung pada 9 September ini (10 September, 1 pagi waktu Malaysia).

Pengesahan rasmi ini telah diberikan sendiri oleh Apple yang mana Apple iPhone 16 Series ini akan terdiri daripada 4 model iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max.

Bercakap mengenai Apple Intelligence, ianya akan menjadi topik hangat pada pelancaran ini dan laporan awal mendakwa ianya akan ditawarkan pada iPhone 16 Series dan iPhone 15 Pro Series sahaja.

Selain iPhone, Apple turut dijangka akan memperkenalkan Apple Watch Series 10 dan AirPods.

Akhir sekali, pelancaran iPhone di Malaysia pada tahun ini mungkin berlangsung lebih awal dengan pembukaan Apple Store yang pertama namun persoalan ini hanya akan terjawab selepas tempoh pra-tempahan diumumkan selepas pelancaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.