Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicPad 2 dan MagicBook Art 14 akan turut dilancarkan di IFA 2024

HONOR MagicPad 2 dan MagicBook Art 14 akan turut dilancarkan di IFA 2024 1

HONOR MagicPad 2 dan MagicBook Art 14 akan turut dilancarkan di IFA 2024 2

Beberapa hari lalu, HONOR telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HONOR Magic V3 akan dilancarkan dipentas global pada sidang IFA 2024 di Berlin awal bulan hadapan.

Kini, HONOR telah mengumumkan bahawa komputer riba MagicBook Art 14 2024 dan tablet Honor MagicPad 2 akan turut dilancarkan di IFA 2024 yang akan bermula pada 5 September ini.

Menyentuh sedikit mengenai MagicBook Art 14 ini, ianya memiliki paparan OLED 14.6-inci yang memiliki resolusi 3,120×2,080 (nisbah 3:2) dengan kecerahan 700-nits dan ditawarkan didalam dua varian Intel Core Ultra 5 125H atau Core Ultra 7 155H (dipasaran China).

Selain itu, model yang dijual dipasaran China juga memiliki 1TB storan SSD, 6 pembesar suara, bateri 60 Wh yang mampu dicaj penuh didalam masa 95 minit, sensor capjari, NFC, Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 6.

HONOR MagicBook Art 14 2024 akan ditawarkan didalam dua warna dengan harga sekitar $1,000 (RM 4,380).

HONOR MagicPad 2 dan MagicBook Art 14 akan turut dilancarkan di IFA 2024 3

Dalam pada itu, HONOR MagicPad 2 pula dijangka hadir dengan skrin paparan OLED 12.3-inci dengan resolusi 3,000 x 1,920 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, sehingga 16GB RAM bateri 10,500mAh dengan pengecasan pantas 66W, kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 9MP.

Selain itu, MagicPad 2 ini juga beroperasi dengan MagicOS 8.0 (Android 14) dengan ciri AI yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, 8 pembesar suara dengan pensijilan IMAX Enhanced serta sokongan stylus Magic Pen 3.

maklumat harga dan spesifikasi lengkap dijangka akan diumumkan di IFA 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.