ULASAN : Samsung Galaxy Buds3 Pro – Earbuds Flagship Samsung Terbaik Di Pasaran
Pengenalan
Samsung Galaxy Buds3 Series telah dilancarkan bersama-sama Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 baru-baru ini sebagai pengganti kepada Galaxy Buds2 Pro.
Samsung Galaxy Buds3 Series adalah earbuds pertama Samsung untuk menampilkan rekaan bertangkai yang berbeza apabila dibandingkan dengan rekaan earbuds Samsung sebelum ini.
Samsung Galaxy Buds3 dan Galaxy Buds3 Pro mempunyai banyak persamaan namun masih ada perbezaan utama dimana Buds 3 mempunyai rekaan open-ear manakala Buds3 Pro pula menampilkan rekaan in-ear design yang sudah pastinya menawarkan kesan ANC yang lebih baik.
Samsung Galaxy Buds3 dan Galaxy Buds3 Pro juga memiliki pilihan warna yang sama iaitu White dan Silver masing-masing pada harga RM 599 dan RM 999.
Pihak Samsung Malaysia telah menawarkan kami satu unit Galaxy Buds3 Pro untuk kami ulas dan uji kemampuanya untuk anda.
Tanpa membuang masa, teruskan membaca untuk mengetahui kehebatan Samsung Galaxy Buds3 Pro ini.
Reka Bentuk
Samsung Galaxy Buds3 Pro menampilkan rekaan bertangkai yang sudah pastinya mempunyai persamaan dengan pelbagai jenama earbuds lain dipasaran.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud Samsung mengambil insipirasi daripada rekaan jenama lain namun lebih kepada penambahbaikan dari segi audio dan keselesaan pengguna.
Samsung memasarkan tangkai Galaxy Buds3 Pro sebagai Blade Design yang mempunyai rekaan futurstik dengan lampu Blade Lights yang akan menyala ketika didalam bekas pengecasan atau anda juga boleh menetapkan ianya menyala sepanjang masa.
Selain itu, earbuds ini tampil dengan rekaan yang lebih ergonomik yang akan memastikanya selesa untuk dipakai walaupun bagi tempoh yang lama. Setiap earbuds ini mempunyai berat 5.4gram iaitu 1 gram lebih ringan berbanding Galaxy Buds2 Pro yang mempunyai berat 5.5 gram dan terdapat earplug silikon didalam dua saiz berlainan disertakan dalam kotak.
Dalam pada itu, Galaxy Buds3 Pro juga mempunyai penarafan kalis air dan habuk yang lebih baik iaitu IP57 yang mana ianya lebih baik berbanding Galaxy Buds2 Pro yang hanya memiliki penarafan kalis air IPX7.
Beralih kepada bekas pengecasan, Samsung juga telah memperkenalkan rekaan yang lebih menarik mengikut warna earbuds pilihan namun dengan penutup lutsinar dan ianya tidak terlalu besar. Ianya mempunyai slot pengecasan USB-C, menyokong pengecasan tanpa wayar dan lampu LED untuk status pengecasan dan butang pairing dibawah.
Tidak lupa, earbuds dan bekas pengecasan Galaxy Buds3 Pro ini mempunyai garisan warna biru dan oren yang mana biru sebagai tanda ianya adalah earbuds kiri manakala oren sebagai tanda ianya earbuds sebelah kanan.
Kualiti Audio & ciri-ciri Buds3 Pro
Galaxy Buds3 Pro dilengkapi dengan ciri ANC yang lebih pintar daripada sebelumnya. Earbuds akan sentiasa memantau persekitaran untuk menampis bunyi namun pengguna masih boleh mengesan suara anda dan akan mematikan ANC jika anda memulakan perbualan. Galaxy Buds3 Pro juga akan memanfaatkan AI untuk mengesan penggera atau siren dan akan menghentikan ANC supaya anda boleh mendengar amaran seperti ini.
Selain itu, pengguna juga boleh melaraskan mod pembatalan bunyi hingar ini pada aplikasi Galaxy Wear. Pada kekuatan maksimum, pengurangan hingar cukup memuaskan dan eartip yang sesuai juga penting untuk memastikan anda dapat menikmati penyingkiran bunyi yang efektif.
Seterusnya, Galaxy Buds3 Pro memiliki woofer dan tweeter bebas dalam setiap earbuds. Dari segi perisian pula, Galaxy Buds3 Pro mengekod audio sehingga 24-bit/96kHz dan kemudian menyahkod bunyi pada kualiti yang sama dan Samsung mengelar teknologi ini sebagai Samsung Seamless Codec.
Dalam pada itu, Galaxy Buds3 Pro juga boleh dikatakan sebagai earbuds terbaik untuk panggilan suara dengan 6 mikrofon untuk kualiti panggilan yang terbaik seolah tanpa memakai earbuds.
Lebih lanjut, pengguna telefon pintar Galaxy juga akan disajikan dengan ciri Spatial Audio, Galaxy AI Interpreter dan arahan suara untuk banyak fungsi earbuds ini.
Kualiti audio daripada Galaxy Buds3 Pro adalah cukup menggagumkan dimana terdapat peningkatan ketara dalam kelantangan bunyi dan peningkatan dalam menyeluruh output bunyi dan dinamik berbanding Galaxy Buds2 Pro. Bass juga lebih mendalam pada generasi ini.
Jangka Hayat Bateri
Samsung Galaxy Buds3 Pro menawarkan jangka hayat bateri yang sangat baik dimana anda boleh menikmati sehingga 6 jam dengan mod ANC (7 jam tanpa mod ANC) atau sehingga 26 jam dengan mod ANC (30 jam tanpa mod ANC).
Dalam pada itu, Galaxy Buds3 Pro juga boleh dicaj melalui USB-C selain turut mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar.
Penutup
Samsung Galaxy Buds3 Pro adalah satu lagi produk audio terbaik daripada Samsung. Ianya memperkenalkan reka bentuk baharu yang radikal, yang menambahkan pelbagai tahap fungsi dan keselesaan.
Dengan pelbagai penambahbaikan, Galaxy Buds 3 Pro boleh dikatakan mempunyai kualiti audio yang lebih baik berbanding Apple AirPods 2 Pro didalam segmen premium ini.
Samsung Galaxy Buds3 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.
Dapatkanya di Samsung Malaysia