Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 akan dilancarkan secara rasmi di IFA 2024 pada 5 September ini

HONOR Magic V3 akan dilancarkan secara rasmi di IFA 2024 pada 5 September ini 1

HONOR Magic V3 akan dilancarkan secara rasmi di IFA 2024 pada 5 September ini 2

HONOR telah mengumumkan bahawa telefon pintar boleh lipat yang paling ringan dan nipis terbaru syarikat ini iIti, HONOR Magic V3 akan diperkenalkan untuk pasaran antarabangsa di IFA 2024 yang akan berlangsung di Berlin, Jerman pada 5 September ini.

Menariknya, HONOR Magic V3 telah memperbaharui rekod yang ditetapkan oleh HONOR Magic V2 dimana HONOR Magic V3 adalah lebih nipis, mencatatkan rekod baharu dengan kecanggihan penanda aras industri yang baharu.

Selain itu, peranti boleh lipat yang canggih ini didatangkan dengan ketebalan hanya 9.2mm ketika dilipat atau hanya 4.35mm apabila lipatan dibuka.

Sebagai pelengkap kepada rekaan yang canggih ini, HONOR Magic V3 juga sangat  ringan dengan hanya seberat 226g, mengatasi beberapa model telefon flagship tradisional dalam pasaran.

Dalam pada itu, Kombinasi rekaan ultra nipis dan ringan juga memberikan pegangan yang lebih selesa, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pengguna.

Saksikan pelancaran global HONOR Magic V3 di IFA 2024 pada 5 September 2024, jam 8 malam waktu tempatan. Ianya akan distrimkan secara langsung di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, ikuti laman rasmi Facebook dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.