Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Pamer Rumah Bespoke AI Dengan Kerjasama Gamuda Land

Samsung Pamer Rumah Bespoke AI Dengan Kerjasama Gamuda Land 1

Samsung Pamer Rumah Bespoke AI Dengan Kerjasama Gamuda Land 2

Samsung Malaysia Electronics hari ini telah mengumumkan ketersediaan unit pameran Rumah BESPOKE AI Samsung yang pertama di The Camellia.

The Camellia merupakan fasa berkembar pertama di presint mewah Gamuda Cove, Wetlands Estates yang mempunyai Arboretum Wetlands seluas 90 ekar sebagai latar belakangnya.

Pameran ini merupakan hasil daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan Gamuda Land, pemaju bandar, untuk mewujudkan rumah bersepadu AI komprehensif yang pertama di negara ini, yang bertujuan memajukan kehidupan dan gaya hidup rumah pintar untuk pemilik hartanah Gamuda Land.

Majlis pelancaran ini mempamerkan perspektif semasa dan masa depan Samsung tentang bagaimana peralatan rumah bersepadu AI dapat mengubah dan menerajui masa depan pengalaman hidup moden untuk semua rakyat Malaysia.

Barisan Rumah AI Bespoke menampilkan rangkaian peralatan rumah berasaskan AI yang telah dipasang di seluruh unit pameran dan kini tersedia untuk dialami sendiri oleh para pengunjung.

 Sebaik memasuki rumah contoh, pengunjung boleh mengaktifkan Bixby terlebih dahulu, pembantu suara AI intuitif yang disepadukan ke dalam SmartThings Samsung.

Pengunjung kemudiannya akan menemukan skrin gaya hidup paling laris Samsung, The Frame, yang hadir dengan pilihan bingkai yang boleh disesuaikan untuk memenuhi pilihan individu. The Frame berfungsi sebagai bingkai gambar yang canggih dengan ArtMode untuk pengoptimuman tenaga melalui penyesuaian kadar penyegaranberbeza dan paparan matte yang mengurangkan pantulan

Selain itu, terdapat juga Lifestyle Soundbar with Sub Woofer pada bahagian bawah skrin dan Music Frame yang meningkatkan elemen audio dan visual di ruang tamu.

Tetapan Pengurusan Kerja Rumah AI yang Mudah

Bagi pencinta kulinari, peti sejuk Side By Side Family Hub. Ianya juga memiliki kamera dalaman View Inside yang inovatif menawarkan pandangan masa nyata terhadap kandungan peti sejuk, sekali gus memudahkan pengurusan barangan masakan tanpa membuka pintu.

Dalam pada itu, tahap keselesaan di dalam rumah berkait rapat dengan kebersihan. Dengan BESPOKE Jet Bot Combo Steam, pembersih vakum robot revolusioner yang dilengkapi AI Floor Detect.

Seterusnya, BESPOKE AI Laundry Combo, dilengkapi fungsi inovatif seperti AI EcobubbleTM untuk menghasilkan buih dengan cekap dan AI Wash untuk menyediakan cucian yang disesuaikan bergantung pada berat setiap cucian.

Penjimatan Tenaga untuk Ruang yang Nyaman  

Untuk mengekalkan suhu dalaman yang selesa dan konsisten, ruang tamu dan ruang makan dilengkapi Penyaman Udara Inverter 1-Way Cassette WindFreeTM, manakala ruang lain menampilkan Penyaman Udara Premium PlusWindFreeTMuntuk mengekalkan tahap penyejukan yang optimum dengan berkesan

Kesalinghubungan SmartThings untuk Rumah Pintar

Paling penting, Rumah  BESPOKE AI di The Camellia disepadukan secara lancar dengan SmartThings, platform Hab IoT terbina dalam yang canggih, yang memastikan semua peralatan rumah berfungsi bersama secara harmoni. Pemilik rumah boleh memantau, mengawal dan menjejak penggunaan tenaga peranti dengan mudah secara masa nyata melalui SmartThings

Lengkapkan Rumah Pintar Anda dengan Peralatan Pintar

Rumah  Bespoke AI berfungsi sebagai destinasi utama bagi mereka yang ingin menerokai masa depan kehidupan pintar. Unit pameran di The Camellia kini dibuka kepada orang ramai,dan pembeli rumah baharu boleh menikmati pengalaman secara langsung produk terkemuka Samsung di hartanah tersebut.

Barisan Rumah Bespoke AI ditawarkan dalam tiga pakej eksklusif – Pakej Essentials bermula dari RM30,599, Pakej Platinum bermula dari RM47,199, dan Pakej Diamond bermula dari RM75,999. 

Untuk mengetahui selanjutnya tentang Rumah AI BESPOKE Samsung, termasuk rangkaian produk, diskaun pakej dan pengalaman, sila layari:https://www.samsung.com/my/offer/bespoke-ai-home-package.

Untuk mengetahui selanjutnya tentang Rumah Berkembar The Camellia, sila layari: https://gamudacove.com.my/wetlandsestates/camellia/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.