Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 FE mula dikesan – pelancaran rasmi bakal berlangsung

Samsung Galaxy S24 FE mula dikesan - pelancaran rasmi bakal berlangsung 1

Samsung Galaxy S24 FE mula dikesan - pelancaran rasmi bakal berlangsung 2

Samsung Galaxy S24 FE telah dikesan di Geekbench pada bulan Jun yang lalu dengan cip Exynos 2400 dan kini satu lagi versi telefon pintar ini telah singgah dipangkalan data Geekbench.

Berdasarkan nombor model yang dimiliki telefon pintar ini iaitu SM-S721N, ianya dilihat sebagai versi yang dijual dipasaran Korea Selatan namun ianya masih dikuasakan cip Exynos 2400.

Selain itu, Galaxy S24 FE ini juga memiliki 8GB RAM bersama One UI 6.1.1 dengan Android 14 dan akan turut membawakan Galaxy AI.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S24 FE ini mungkin memiliki cipset Exynos 2400e (versi underclocked), skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci, tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + sensor ultrawide 12MP + sensor telefoto 3x 8MP, kamera selfie 8MP dan bateri 4,565mAh.

Memandangkan sudah banyak spekulasi mengenai Galaxy S24 FE mula terbit, pelancaran rasmi telefon pintar ini mungkin akan berlangsung didalam waktu terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.