Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Series mula menerima ciri fotografi AI – Ciri AI Eraser tiba pada September

HONOR 200 Series mula menerima ciri fotografi AI - Ciri AI Eraser tiba pada September 1

HONOR 200 Series mula menerima ciri fotografi AI - Ciri AI Eraser tiba pada September 2

HONOR Malaysia telah mengumumkan bahawa HONOR 200  telah mula menerima kemaskini Magic AI yang terbaharu yang bakal meningkatkan pengalaman fotografi pengguna dengan ciri seperti Bokeh Adjustment, Group Photo Enhance dan AI Eraser.

HONOR 200 Series mula menerima ciri fotografi AI - Ciri AI Eraser tiba pada September 3

Bokeh Adjustment

Ciri baharu Bokeh Adjustment kini tersedia pada HONOR 200 Pro dan HONOR 200, membolehkan pengguna memasukkan efek kabur dalam gambar secara kreatif dengan menyelaras fokus dan apertur, seperti sistem kamera profesional.

Apa yang mengagumkan ialah ianya memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi pengguna untuk mencipta hasil penggambaran yang kreatif dengan menumpukan kepada bahagian tertentu sesebuah gambar yang diambil secara khusus.

HONOR 200 Series mula menerima ciri fotografi AI - Ciri AI Eraser tiba pada September 4

AI Group Photo Enhance

AI Group Photo Enhance menyokong pengayaan ketelitian potret, membetulkan mata tertutup dan raut wajah tidak seimbang untuk menghasilkan gambar secara berkumpulan yang sempurna tanpa perlu mengambil gambar tambahan berulang kali.

Semasa menangkap gambar ‘wefie’, sekiranya terdapat individu mengelipkan matanya, teknologi Multi Frame Synthesis yang berkuasa akan membetulkan mata tersebut secara pintar agar semua orang di dalam gambar tersebut kelihatan sempurna. Fungsi ini hanya tersedia pada kamera belakang dan ianya dicipta khas bagi gambar secara berkumpulan untuk dua hingga 50 orang.

HONOR 200 Series mula menerima ciri fotografi AI - Ciri AI Eraser tiba pada September 5

AI Eraser

Fungsi AI Eraser ini akan tiba ke HONOR 200 Series pada pertengahan September 2024 dimana ciri ini berupaya untuk membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar secara pintar dan lancar. Contohnya seperti orang, kenderaan dan banyak lagi daripada latar belakang yang boleh menjejaskan keindahan sesebuah gambar. Objek ini boleh dibuang secara manual atau automatik bagi menghasilkan gambar yang memuaskan dan kelihatan profesional.

HONOR 200 Series kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,899, kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Jom baca ulasan : ULASAN : HONOR 200 Pro – flagship killer dengan Magic AI Experience dan Potret Harcourt

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.