Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi pengecasan realme 320W SuperSonic akan dilancarkan pada 14 Ogos ini

Teknologi pengecasan realme 320W SuperSonic akan dilancarkan pada 14 Ogos ini 1

 

Teknologi pengecasan realme 320W SuperSonic akan dilancarkan pada 14 Ogos ini 2realme telah beberapa kali mengacah pelancaran teknologi pengecasan pantas 300W daripada syarikat ini dan kini ianya telah diumumkan akan memiliki kadar pengecasan 320W.

Menariknya, realme 320W SuperSonic ini akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Ogos ini di 828 Fan Festival yang akan berlangsung di Shenzhen, China.

Selain itu, realme juga telah menyertakan video yang menunjukkan kepantasa pengecasan 320W SuperSonic ini pada telefon pintar realme yang tidak diketahui dan ianya didakwa mampu memberikan pengecasan 0-17% didalam masa 35 saat sahaja.

Selain realme 320W SuperSonic ini, hanya Xiaomi menawarkan teknologi pengecasan yang berada pada angka 300W iaitu Redmi Note 12 Discovery yang diubahsuai dengan pengecasan penuh 0-100% (bateri 4,100mAh) didalam masa 4 minit 54 saat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.