Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi bakal lancar telefon pintar dengan bateri berkapasiti sehingga 7,500mAh

Xiaomi bakal lancar telefon pintar dengan bateri berkapasiti sehingga 7,500mAh 1

Xiaomi bakal lancar telefon pintar dengan bateri berkapasiti sehingga 7,500mAh 2

Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan teknologi yang membolehkan telefon pintar keluaran syarikat ini memiliki bateri kapasiti yang lebih besar, jauh lebih kapasiti ‘standard’ 5,000mAh.

Syarikat yang berpangkalan di China ini sedang membangunkan kapasiti bateri iaitu 7,000mAh dengan pengecasan 120W dan 7,500mAh dengan pengecasan 100W pada telefon pintar.

Selain Xiaomi, kebanyakkan syarikat juga telah mula beralih kepada teknologi bateri silikon karbon yang memiliki kapasiti lebih besar namun dengan teknologi pengecasan yang lebih rendah. Antara syarikat yang telah mula menggunakan bateri silikon karbon adalah HONOR, vivo dan OnePlus.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan daripada Xiaomi mengenai model mana yang akan memiliki teknologi bateri baharu ini.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.