Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition – dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition Malaysia
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition Malaysia
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition 
Pengenalan

Dalam era digital hari ini, kanak-kanak semakin terdedah kepada teknologi sejak usia muda dimana mereka sering menghabiskan masa pada peranti digital. Walaupun teknologi menawarkan banyak faedah pendidikan, teknologi ini turut disertakan dengan kebimbangan mengenai pengunaan yang berpanjangan dan keselamatan dalam talian.

Lebih lanjut, tablet boleh dikatakan sebagai peranti yang paling popular untuk pembelajaran dan hiburan bagi kanak-kanak namun tidak banyak pengeluar yang mempunyai sebuah tablet yang menawarkan aplikasi dan aksesori tambahan yang mesra kanak-kanak.

Jika anda sedang mencari sebuah tablet yang berpatutan untuk anak kecil anda namun mahu ianya tampil dengan ekosistem yang lebih terkawal dan aksesori tambahan yang unik, Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition adalah sesuatu yang perlu anda pertimbangkan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 1

Menariknya , Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini ditawarkan pada harga RM 799 sahaja dimana ianya RM 100 lebih mahal berbanding Galaxy Tab A9 biasa namun anda menerima aksesori tambahan bernilai RM 300 seperti stylus crayon, kids puffy case, adapter 15W dan pelekat.

Jom baca ulasan Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 2

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition adalah sama seperti Samsung Galaxy Tab A9 yang biasa dengan rekaan yang premium yang nipis iaitu hanya 8.0mm dengan berat 333 gram.

Pada bahagian hadapan, Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition tampil dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 8.7-inci yang menjanjikan pengguna satu skrin yang imersif dan memuaskan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 3

Beralih kepada bahagian sisi, terdapat butang kuasa dan butang pelaras bunyi pada sisi kanan manakala pada sisi kiri terdapat slot MicroSD yang menawarkan anda kebolehan untuk menambah storan dalaman sehingga 1TB.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 4

Dalam pada itu, pada bahagian bawah, Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini memiliki slot USB-C, gril pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan mikrofon. Ianya juga memiliki sensor 8MP dibahagian belakang dan kamera hadapan 2MP.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 5

Pada bahagian atas pula, terdapat satu lagi gril pembesar suara yang bermaksud Galaxy Tab A9 Kids Edition hadir dengan pembesar suara stereo yang turut mempunyai pensijilan Dolby Atmos.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition  ditawarkan didalam warna mystic silver sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 6

Memandangkan ianya disertakan dengan kids puffy case, kami berpendapat ianya sangat berguna bagi melindungi tablet ini daripada pengunaan yang lasak dan kemalangan adalah sesuatu yang tidak dapat digunakan pada pengguna kategori umur ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 7

Ianya juga boleh menjadi holder didalam mod landskap untuk menonton video pembelajaran ketika makan atau sekadar menonton filem dan drama kegemaran anak anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 8

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition hadir dengan skrin paparan TFT WXGA+ berukuran 8.7-inci yang membawakan resolusi 1340 x 800 namun kadar segar semula yang ditawarkan adalah 60Hz.

Skrin paparan yang ditawarkan pada Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini mempunyai kepadatan piksel 179ppi dan ianya adalah sebuah skrin yang baik sesuai untuk kegunaan kanak-kanak samada untuk pembelajaran ataupun hiburan.

Secara keseluruhan skrin paparan Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition menawarkan pengguna satu paparan yang imersif dan luas ckup untuk memenuhi keperluan kerja dan hiburan kepada golongan sasaran iaitu kanak-kanak.

Dalam pada itu, Samsung juga turut menyertakan crayon stylus yang boleh digunakan pada tablet ini dan ianya memberikan tindak balas yang memuaskan namun kami pasti gembira jika ianya disertakan dengan stylus S Pen.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 9

Pemproses & Aplikasi Samsung Galaxy Kids

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini dikuasakan dengan cip Helio G99 bersama 4GB RAM dan 64GB storan dalaman serta sokongan rangkaian LTE.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 10

Apa yang membezakan tablet ini dengan Galaxy Tab A9 yang biasa adalah ianya tampil dipra-muat dengan aplikasi Samsung Kids yang memberi kuasa mutlak kepada ibu bapa untuk membuat profil untuk setiap anak dan memperibadikan tetapan mereka. Mereka juga tidak boleh keluar daripada aplikasi Samsung Kids ini tanpa kata laluan.

Dengan ciri ini, ibu bapa boleh menetapkan had masa skrin tertentu, menyekat akses kepada aplikasi tertentu dan memantau aktiviti dalam talian.

Contohnya, mereka boleh memastikan anak mereka hanya mempunyai akses selama sejam pada aplikasi permainan setiap hari atau menyekat akses ke media sosial.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 11

Selain itu, aplikasi Samsung Kids  juga menyediakan pelayar web terbina yang selamat yang membolehkan  kanak-kanak meneroka internet dalam persekitaran terkawal, dengan akses kepada laman web dan kandungan yang sesuai dengan umur dipilih untuk mengelakkan pendedahan kepada bahan yang tidak sesuai. Pelayar Web ini juga menyediakan pintas ke berita terkini (DOGO News), filem (DOGO Movies) dan ebuku (DOGO Books).

Lebih lanjut, stor aplikasi pada Samsung Kids juga membolehkan ibu bapa atau pendidik membuat pilihan tersusun yang menawarkan kanak-kanak pilihan aplikasi yang selaras dengan matlamat pendidikan dan menggalakkan penggunaan peranti yang positif.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 12

Seterusnya, aplikasi Samsung Kids juga menawarkan pelbagai kandungan yang menarik, termasuk permainan pendidikan dan cerita interaktif, semuanya dalam persekitaran yang selamat.

Dalam pada itu, Ibu bapa boleh meningkatkan lagi pengalaman kemahiran dan pembelajaran anak mereka dengan menyesuaikan antara muka aplikasi, menambahkan aplikasi yang disesuaikan dengan minat atau kemahiran mereka yang berkaitan dengan pemikiran, sains, matematik dan penyelesaian masalah, Ini menjadikan Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition sebagai alat tambahan yang berkesan untuk pendidikan awal kanak-kanak.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 13

Akhir sekali, Anda juga boleh memperibadikan wallpaper aplikasi Samsung Kids ini dengan warna kegemaran anak anda atau foto daripada galeri.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition - dunia digital yang lebih selamat dan menyeronokkan 2
Bateri

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh yang mana ianya tidak begitu berbeza dengan kebanyakkan telefon pintar namun ianya adalah sesuatu yang mencukupi bagi tablet edisi kanak-kanak ini.

Selain itu, Galaxy Tab A9 ini juga menyokong pengecasan pantas 15W dan Samsung turut menyertakan adapter pengecasan 15W pada Tab A9 Kids Edition, sesuatu yang anda tidak akan dapat jika membeli Galaxy Tab A9 versi biasa.

Bercakap mengenai jangka hayat bateri, anda boleh menikmati sehingga 12 jam penggunaan dengan satu pengecasan penuh, sesuatu yang memadai bagi kanak-kanak.

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition Malaysia

Penutup

Membekalkan peranti digital kepada kanak-kanak kini bukan sesuatu yang pelik kerana kemajuan teknologi juga membolehkan peranti seperti ini digunakan dengan positif dan terkawal.

Kelebihan terbesar Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini sudah pastinya pada aplikasi Samsung Kids kerana ianya menyediakan satu eksosistem yang lebih selamat untuk kanak-kanak melakukan aktiviti pembelajaran mahupun hiburan tanpa terlalu terdedah kepada elemen negatif dunia internet.

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 dan anda boleh mendapatkanya di laman rasmi Samsung Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.