Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro – Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 1

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 2

Pengenalan

OPPO kini telah membawa masuk satu lagi TWS terbaru daripada syarikat ini iaitu OPPO Enco Air4 Pro yang dilancarkan bersama-sama OPPO Reno12 Series 5G di Malaysia baru-baru ini.

OPPO Enco Air4 Pro adalah sebuah TWS yang dibangunkan dengan fokus untuk menawarkan prestasi audio yang berkuasa kepada pengguna.

Selain itu, Enco Air4 Pro juga menjanjikan tampil lebih baik dari segi reka bentuk, jangka hayat bateri, ketersambungan dan kawalan yang lebih mesra pengguna.

Berikut adalah ulasan OPPO Enco Air4 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 3

Reka Bentuk

OPPO Enco Air4 Pro menampilkan reka bentuk yang hampir sama seperti Enco Air3 Pro.

Oppo Enco Air4 Pro hadir dengan reka bentuk in-ear yang membolehkan pengguna menikmati muzik tempoh yang panjang tanpa sebarang masalah.

Selain itu, OPPO Enco Air4 Pro juga memiliki eartip silikon yang lembut yang memastikan ianya sentiasa kekal didalam telinga dan earbuds ini juga mempunyai piawaian IP55 yang bermaksud ianya menawarkan kalis air dan habuk.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 4

Dalam pada itu, didalam kotak fon telingan ini telah disertakan dua saiz eartip tambahan iaitu saiz S dan saiz L manakala saiz M telah siap dipasang pada TWS Oppo Enco Air4 Pro.

Bercakap mengenai bekas pengecasan OPPO Enco Air4 Pro ini, ianya tampil dengan reka bentuk ‘pebble shape’ yang merupakan salah satu dari rekaan bekas pengecasan yang popular dipasaran.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 5

Menariknya, Enco Air4 Pro (Midnight Black) ini memiliki kemasan dwi-tona dimana penutup bekas pengecasan ini adalah didalam warna hitam yang sedikit pudar manakala bahagian bawah menyerupai kelipan bintang, di langit malam yang cerah. Ianya sudah pastinya menambahkan sedikit nilai astetik bekas pengecasan ini.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 6

Akhir sekali, bekas pengecasan OPPO Enco Air4 Pro ini juga mempunyai lampu LED pada bahagian hadapan, slot USB-C untuk pengecasan dan butang pairing dibahagian bawah serta penjenamaan OPPO berhampiran penutup .

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 7

Aplikasi HeyMelody

Aplikasi HeyMelody adalah aplikasi rasmi daripada OPPO bagi produk TWS syarikat ini dan kami menyarankan anda memuat naik aplikasi ini pada telefon pintar Android atau iOS anda.

Muat naik HeyMelody di Google Play Store

Muat naik HeyMelody di Apple App Store

Selain itu, kedua-dua sisi earbuds Oppo Enco Air4 Pro juga mempunyai bahagian sesentuh sensitif yang boleh digunakan untuk mengaktifkan beberapa fungsi dengan lebih mudah termasuk mod ANC, memilih trek muzik dan menghentikan muzik. Anda juga boleh mengubah tetapan ini di Aplikasi HeyMelody (sedikit mengecewakan kelantangan muzik tidak boleh diubah melalui sentuhan pada earbuds).

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 8

Penyambungan OPPO Enco Air4 Pro ke telefon pintar adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu membuka bekas pengecasan dan mengaktifkan Bluetooth pada telefon pintar serta membuka aplikasi HeyMelody. Tidak lupa bahawa Enco Air4 Pro ini tampil dengan Bluetooth 5.4 yang lebih efisien dan stabil untuk transmisi latensi rendah.

Antara ciri yang ditawarkan melalui aplikasi HeyMelody adalah earbud fit test yang memastikan anda memakai saiz eartip yang sesuai untuk pembatalan bunyi hingar yang lebih efektif, find my earbuds dan Game mode yang menawarkan kadar latensi lebih rendah.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 9

Prestasi ANC dan Kualiti Audio

OPPO Enco Air4 Pro tampil dengan pemacu diafragma bersalut titanium berukuran 12.4 mm yang teguh untuk kualiti bunyi yang dipertingkatkan. Ia menangkap dan mencipta semula setiap perincian muzik untuk memberikan pengguna pengalaman bass yang mendalam.

Kemampuan ciri ANC pada OPPO Enco Air4 Pro ini dilihat mampu menyingkirkan bunyi hingar aktif dengan berkesan iaitu sehingga 49bD dan ianya juga telah menerima pensijilan TÜV Rhineland bagi pembatalan bunyi hingar berprestasi tinggi.

Selain itu, OPPO Enco Air4 Pro juga dilengkapi dengan mod Transparency supaya pengguna masih boleh mendengar bunyi persekitaran mereka dan kekal berjaga-jaga tanpa perlu menanggalkan fon telinga.

Dalam pada itu, Enco Air4 Pro juga menawarkan mod personalised noice cancellation yang bermaksud kesan pembatalan bunyi hingar adalah tersuai dengan mengambil kira struktur saluran pendengaran dan kesesuaian earbud untuk menikmati muzik yang lebih jelas.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 10

Satu lagi ciri Enco Air4 Pro juga tampil dengan ciri Smart Scene Noise Cancellation yang akan memilih tetapan  pembatalan bunyi yang sesuai secara automatik mengikut persekitaran. Teknologi Scene Noise Cancellation memiliki tiga mod iaitu Max, Moderate, dan Mild untuk mencipta pengalaman pembatalan hingar yang lebih efektif dan selesa untuk anda.

Akhir sekali, nikmati audio dengan berkualiti Hi-Res yang diperakui piawaian terbaik industri dan audio tulen dengan kodec LHDC 5.0 untuk mengurangkan kehilangan ‘keaslian’ muzik semasa transmisi audio.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 11

Jangka Hayat Bateri

OPPO Enco Air4 Pro menawarksn sehingga 10 jam pengunaan tanpa bekas pengecasnya namun apabila digunakan bersama bekas pengecasan, fon telinga ini mampu menawarkan penggunaan sehingga 44 jam.

Ia juga menyokong pengecasan pantas, di mana 10 minit pengecasan akan mampu memberikan anda sehingga 4 jam waktu pendengaran manakala pengecasan penuh boleh dilakukan didalam masa 1.5 jam.

Walaupun jika kadar ANC diaktifkan, anda boleh menikmati 6 jam pendengaran tanpa bekas pengecasan atau sehingga 20 jam dengan bekas pengecasan.

Selain itu, OPPO Enco Air4 Pro juga tampil dengan ciri Dual Connection yang membolehkan fon telinga ini disambungkan kepada dua peranti seperti tablet dan telefon pintar pada satu-satu masa. Google Fast Pair juga disokong dimana anda hanya perlu membuka Bluetooth earbuds ini dan meletakkanya bersebelahan dengan telefon pintar untuk proses pairing yang lebih mudah.

ULASAN : OPPO Enco Air4 Pro - Bateri luar biasa, ANC gred flagship, Harga berpatutan 12

Penutup

OPPO Enco Air4 Pro terbukti sebagai satu lagi TWS yang mampu menawarkan pengguna kualiti audio mudah alih dan ciri ANC pada harga lebih mesra poket.

Dengan reka bentuk unik dan banyak teknologi premium, OPPO Enco Air4 Pro adalah sebuah TWS yang berbaloi untuk dimiliki khususnya kepada pengguna OPPO dan Android.

OPPO Enco Air4 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399 sahaja.

Dapatkanya di stor atas talian rasmi OPPO Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.