Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 – Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 1

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 2Pengenalan

Xiaomi Redmi 13 adalah sebuah telefon pintar kelas entry terbaru daripada Xiaomi yang telah mula ditawarkan di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.

Walaupun tampil dengan reputasi telefon pintar kelas entry level, Xiaomi Redmi 13 adalah telefon pintar yang memiliki skrin paparan yang besar iaitu berukuran 6.79-inci dan ianya bukan model termurah didalam keluarga Redmi.

Menariknya, Redmi 13 adalah telefon pintar Redmi number series pertama untuk menawarkan sensor 108MP dan ianya ternyata mampu memberikan anda pengalaman fotografi yang lebih baik didalam kelas ini dan tidak banyak pencabar yang menawarkan sensor seperti ini.

Dalam pada itu, Redmi 13 masih telah melalui proses pemotongan kos seperti ketiadaan sokongan 5G, cip Helio G91 Ultra yang agak lama dipasaran dan storan dalaman jenis eMMC 5.1.

Walaubagaimanapun, Xiaomi Redmi 13 masih mempunyai pelbagai kelebihan dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon pintar ini jom teruskan membaca ulasan Redmi 13 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 639.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 3

Reka Bentuk

Xiaomi Redmi 13 memiliki rekaan yang boleh dikatakan setaraf dengan harga yang ditawarkan. Ianya tampil dengan kerangka yang diperbuat daripada plastik namun mempunyai rasa dan kemasan yang selesa untuk digunakan.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 4

Bersama kerangka ini, Redmi 13 juga memiliki lapisan gelas dibahagian hadapan dan belakang yang mana pada bahagian hadapan adalah Corning Glass manakala jenis gelas yang digunakan pada panel belakang tidak didedahkan.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 5

Seterusnya, Redmi 13 juga memiliki modul kamera yang agak besar pada bahagian belakang namun setiap sensor ini mempunyai kepulauan individu mereka yang tersendiri dan ini juga termasuk bagi lampu flash.

Dalam pada itu, Xiaomi Redmi 13 ini juga mempunyai rekaan yang nipis iaitu hanya 8.3mm dengan berat 203 gram. Anda boleh memilikinya didalam 4 pilihan warna iaitu Midnight Black, Pearl Pink, Ocean Blue dan Sandy Gold seperti unit ulasan kami.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 6

Skrin Paparan

Xiaomi Redmi 13 memiliki skrin paparan berukuran 6.79-inci yang memiliki resolusi FHD+ (1080 x 2460 piksel) dan kadar segar semula 90Hz.

Panel yang digunakan ini adalah panel LCD 8-bit yang menawarkan beberapa mod warna manakala kadar segar semula adalah 90Hz, sesuatu yang biasa bagi telefon pintar kelas entry level namun ada juga pengeluar yang menawarkan sokongan 120Hz pada peranti kelas setaraf.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 7

Bercakap mengenai kadar segar semula Redmi 13 ini, ianya mempunyai mod default yang mampu menawarkan kadar segar semula antara 36Hz, 48Hz, 60Hz dan 90Hz secara automatik manakala Custom membolehkan anda menetapkan kadar 60Hz atau 90Hz. Bagi gaming, kadar segar semula yang ditawarkan adalah 60Hz.

Akhir sekali, Redmi 13 tidak menawarkan sokongan HDR terkini, namun dengan keupayaan penyahkodan HDR untuk HDR10 dan HLG( HDR10+ dan Dolby Vision tidak disokong).

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 8

Pemproses

Xiaomi Redmi 13 dikuasakan cip MediaTek G91 Ultra yang menawarkan anda prestasi cipset yang memuaskan bagi peranti kelas entry level namun penggunaan storan eMMC 5.1 dilihat memberikan kesan kepada kelancaran UI telefon pintar ini.

Menyebut tentang UI, Redmi 13 memiliki HyperOS yang merupakan sistem operasi terbaru syarikat ini dan ianya mungkin menerima 2 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan seperti Redmi 13 5G.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 9

Walaupun tampil dengan antaramuka baharu ini, HyperOS masih mirip dan beroperasi seperti MIUI, namun sudah pastinya terdapat peningkatan dalaman yang mungkin dirasai oleh pengguna setia Xiaomi.

Selain itu, Xiaomi Redmi 13 ini ditawarkan bersama 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 10

Kamera

Ciri paling mencuri tumpuan pada Redmi 13 ini adalah sensor utama 108MP yang merupakan sensor HM6 dan ianya mempunyai aperture f/1.8 dan PDAF. Agak mengecewakan, penggunaan sensor utama 108MP tidak dipadankan dengan sensor ultrawide mahupun sensor telefoto malah hanya disertakan dengan sensor makro 2MP sahaja.

Bercakap mengenai kamera selfie, ianya adalah sensor 13MP OmniVision ov13b10 dengan fokus tetap dan aperture f/2.5.

Seterusnya, sensor utama pada Redmi 13 mengambil gambar yang cukup baik dengan perincian dan warna yang bagus dan kebanyakannya mengekalkan warna semula jadi. Selain itu, sensor ini juga menawarkan anda zoom 1x dan 3x yang merupakan zoom digital.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengambil gambar pada mod 108MP untuk gambar yang lebih beresolusi tinggi.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 11

Bateri

Xiaomi Redmi 13 memiliki bateri berkapasiti 5,030mAh yang menawarkan jangka hayat bateri yang berada pada tahap memuaskan. Ianya juga memiliki sokongan pengecasan pantas 33W yang menawarkan 26% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Selain itu, bateri yang digunakan pada Redmi 13 ini juga mampu mengekalkan sehingga 80% kapasiti asal walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

ULASAN : Xiaomi Redmi 13 - Telefon Pintar Entry Level dengan sensor 108MP 12

Penutup

Xiaomi Redmi 13 adalah sebuah telefon pintar kelas entry level yang menawarkan sistem kamera yang baik terutamanya sensor utama 108MP. Selain daripada itu, Redmi 13 boleh dikatakan sebagai hampir sama dengan kebanyakkan telefon pintar kelas entry level dipasaran.

Xiaomi Redmi 13 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 639 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.