Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 – Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 1
ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 2
Pengenalan

Samsung Galaxy Z Series telah dilancarkan pada awal bulan ini dan model flagship yang akan meneruskan dominasi Samsung didalam kategori foldable ialaha Samsung Galaxy Z Fold6.

Galaxy Z Fold6  tampil dengan rekaan yang lebih baik dan beberapa penambahbaikan yang akan menjadikanya lebih berdaya saing selain turut menawarkan ciri baharu seperti cip Snapdragon 8 Gen 3, penarafan kalis air dan habuk IP48 serta rekaan lebih nipis dan ringan.

Selain itu, Galaxy AI juga membawa perubahan drastik apabila dibandingkan dengan Galaxy Z Fold5 dan Samsung boleh dikatakan sebagai pengeluar yang menawarkan pakej sistem operasi foldable yang sangat lengkap dengan One UI 6.1 yang berasaskan Android 14.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Z Fold6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 7,299.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 3

Reka Bentuk

Jika dipandang secara kasar, Galaxy Z Fold6 mungkin tidak begitu berbeza dengan generasi sebelum ini namun  telefon pintar ini kini lebih lebar pada bahagian skrin luaran yang menjadikanya lebih hampir seperti telefon pintar tradisional.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 4

Selain itu, Galaxy Z Fold6 juga lebih ‘flat’ pada rekaan chasis dan Samsung juga berjaya mengurangkan berat keseluruhan peranti sebanyak 14 gram kepada 239 gram sahaja yang menjadikanya hampir sama seperti Galaxy S24 Ultra.

Seterusnya, panel hadapan dan belakang bahagian luar telefon pintar ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus 2 manakala panel skrin dalam dilapisi Ultra Thin Glass (UTG).

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 2

Dalam pada itu, lekukan skrin pada Galaxy Z Fold6 juga sedikit kurang jelas berbanding generasi sebelum ini namun ini bukan sesuatu yang menjadi isu utama bagi pengguna foldable.

Lebih lanjut, Galaxy Z Fold6 menampilkan rekaan engsel yang sama seperti generasi sebelum ini yang mana ianya tertutup rapat tanpa sebarang ruang dan ianya menjadi generasi pertama untuk hadir dengan penarafan IP48 yang bermaksud buat pertama kalinya telefon pintar ini menawarkan perlindungan daripada habuk bersaiz 1mm dan lebih besar.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 6

Bercakap mengenai pilihan warna yang ditawarkan, Samsung Galaxy Z Fold6 hadir didalam tiga warna iaitu Silver Shadow, Pink dan Navy serta dua warna eksklusif Samsung.com iaitu Crafted Black dan White.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 2

Skrin Paparan 

Samsung Galaxy Z Fold6 hadir dengan skrin paparan utama ini berukuran 7.6-inci yang merupakan panel Dynamic AMOLED 2X yang mempunyai kadar segar semula adaptive 120Hz dan HDR10+. Panel LTPO ini mempunyai resolusi 2160 x 1856 piksel dan kecerahan skrin maksima sehingga 2,600nits.

Ukuran panel ini masih sama yang bermaksud Samsung tidak membuat perubahan yang radikal pada panel utama Galaxy Z Fold6 ini namun ianya lebih nipis dan selesa untuk digunakan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 8

Beralih kepada Cover Screen, Galaxy Z Fold6 kini hadir dengan panel 6.3-inci dengan nisbah 22.1:9 dan resolusi HD+ 968x2176piksel. Panel inj juga menyokong kadar segar semula 1-120Hz adaptive dan kecerahan maksima sehingga 2,600nits seperti panel skrin utama.

Dalam pada itu, Samsung menawarkan anda dua tetapan kadar segar semula iaitu Standard yang memberikan kadar 60Hz dan Adaptive yang menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz. Tetapan ini terpakai untuk panel skrin utama dan cover scren.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 9

Pemproses

Samsung Galaxy Z Fold6 hadir dengan cip pemprosesan yang sama seperti pada Galaxy S24 Series iaitu cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan Galaxy AI juga hadir dengan ciri yang telah ditambahbaik bersama beberapa lagi ciri baharu.

Cipset ini menjanjikan peningkatan prestasi yang baik  dan ianya kini disertakan dengan 12GB RAM dan storan dalaman adalah 256GB, 512GB atau 1TB. Terdapat juga ciri RAM Plus yang memberikan pengguna menambah sehingga 8GB Virtual RAM daripada storan dalaman.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 10

Beralih kepada perisian, Samsung Galaxy Z Fold6 memiliki antaramuka One UI 6.1.1 yang berasaskan Android 14 dan Samsung telah mengesahkan Galaxy Z Series akan menerima sehingga 7 kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Ciri pertama Galaxy AI yang ditawarkan pada Galaxy Z Fold6 ini adalah Live Translate, iaitu suatu penyelesaian penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon terbina pada aplikasi panggilan . Pengguna tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga dan kesemua data ini diproses pada peranti yang memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

Ciri ini sudah pastinya berguna apabila anda menghadapi kekangan bertutur bahasa asing, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara selain mempermudahkan proses membuat tempahan hotel/restoran sebelum bercuti ke negara lain.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 11

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

Menariknya, terjemahan perbualan ini juga boleh dipaparkan pada Cover Screen yang memudahkan lagi komunikasi antara anda dengan orang lain.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 12

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist menawarkan tiga ciri pada Galaxy Z Fold6 iaitu

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Suggested Replies – apabila anda menyemak notifikasi, Galaxy AI akan menawarkan anda 3 pilihan teks yang boleh digunakan untuk anda membalas mesej tersebut.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.

Lebih lanjut, Samsung Galaxy Z Fold6 juga hadir dengan ciri Circle to Search yang mana sesuai dengan namanya, anda boleh memulakan carian dengan menekan lama butang utama, pengguna boleh membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi.

Selain itu, Circle to Search juga boleh digunakan terus pada aplikasi kamera yang memudahkan lagi pencarian. Instant Translate juga membolehkan imej yang mengandungi teks bahasa lain diterjemahkan kepada bahasa pilihan anda dengan sekelip mata.

Ke bahagian antaramuka, Samsung Galaxy Z Fold6 tampil dengan One UI 6.1.1 yang berasaskan Android 14 dan UI Samsung ini sudah pastinya  memenuhi pelbagai keperluan pengguna lebih-lebih lagi dengan Galaxy AI.

Satu lagi aspek yang akan memastikan Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy berfungsi pada pretasi terbaik adalah sistem penyejukan Vapor Chamber mana ianya adalah 1.6x ganda lebih besar berbanding pada Galaxy Z Fold5.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 13

Kamera

Samsung Galaxy Z Fold6 menampilkan penggunaan tiga kamera dibahagian belakang yang mana ianya adalah tetapan kamera yang sama seperti pada Galaxy Z Fold5 dan Z Fold4.

Tiga sensor yang dimiliki telefon pintar foldable terbaru Samsung ini adalah unit sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 10MP.

Pertama adalah sensor 50MP Samsung GN3 yang mempunyai pemfokusan auto Dual Pixel dan OIS manakala sensor  yang berada ditengah adalah sensor ultrawide ISOCELL 3LU 12MP yang mempunyai 123° FOV dan aperture f/2.2. Sensor ketiga dan terakhir pada Galaxy Z Fold3 ini adalah sensor telefoto 10MP 69mm yang kini menawarkan 3x zoom optik dan sensor ini juga mempunyai PDAF dan OIS. Walaubagaimanapun, hasil gambar yang diperoleh melalui sensor telefoto juga akan mempunyai resolusi 12MP.

Dalam pada itu,fotografi selfie Galaxy Z Fold6 ini diuruskan oleh satu sensor 10MP IMX374 pada cover screen dan sensor Under Display 16MP yang mampu menghasilkan gambar beresolusi 4MP.

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Z Fold6 menawarkan anda kemampuan kamera yang setaraf generasi sebelum ini dan ini mungkin strategi Samsung yang mengutamakan kepada pengurangan berat dan ketebalan peranti pada generasi ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 31

Bateri

Samsung Galaxy Z Fold6 tidak hadir kapasiti bateri yang lebih besar kerana Samsung telah mengutamakan kepada pengurangan berat pada generasi ini.

Ini bermaksud, Galaxy Z Fold6 masih memiliki bateri 4,400mAh namun pada berat keseluruhan yang lebih ringan iaitu 239 gram.

Walaubagaimanapun, jangka hayat bateri adalah sedikit lebih baik kerana penggunaan cipset Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy yang lebih cekap tenaga.

Bercakap mengenai pengecasan, Samsung Galaxy Z Fold6 menyokong pengecasan pantas 25W namun kami pasti lebih gembira jika kadar pengecasan pantas ini dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold6 juga menyokong pengecasan tanpa wayar serta pengecasan Wireless PowerShare yang hanya boleh digunakan apabila peratusan bateri melebihi 30%.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold6 - Fold pertama dengan Galaxy AI dan Kalis Habuk IP48 32

Penutup

Samsung Galaxy Z Fold6 mungkin tidak membawakan perubahan terbesar dari segi spesifikasi dalaman, namun ‘refinement’ dari segi rekaan membolekan telefon pintar ini lebih selesa untuk digunakan bersama berat yang semakin menghampiri zon telefon pintar tradisional.

Selain itu, Galaxy AI juga menjadikan Fold6 sebagai telefon pintar yang lebih futuristik dan kegunaan lebih meluas tanpa had. Tidak lupa juga ianya kini mula menawarkan perlindungan daripada habuk walaupun pada tahap yang masih minima (IP48) namun ia adalah permulaan yang baik.

Samsung Galaxy Z Fold6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 7,299.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.