Xiaomi Mix Flip dilancarkan dengan All Round Display dan cip Snapdragon 8 Gen 3
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flip pertama mereka iaitu Xiaomi Mix Flip.
Xiaomi Mix Flip hadir dengan panel cover screen berukuran 4.01-inci yang memenuhi keseluruhan panel luaran dan ianya dikenali sebagai All Around Liquid yang turut dilapisi gelas Xiaomi Shield Glass. Ianya memiliki bateri 4,780mAh dengan pengecasan pantas 67W HyperCharge.
Selain itu, Xiaomi Mix Flip juga memiliki skrin paparan utama berukuran 6.81-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 3,000nits.
Seterusnya, Mix Flip dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, 12GB atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB serta sistem penyejukan 3500mm² vapor chamber.
Beralih kepada kamera, Mix Flip memiliki sensor utama utama 50MP f/1.7 bersama satu lagi sensor 50MP f/2.0 dengan 2x zoom dan ianya juga memiliki floating lens yang membolehkan pemfokusan pada jarak sedekat 9cm.
Xiaomi Mix Flip kini ditawarkan dipasaran China didalam warna Black, White, Purple, dan Nylon fiber edition pada harga yang bermula dari CNY 5,999 (RM 3,861).
Buat masa ini pihak Xiaomi belum mengesahkan penawaran antarabangsa bagi Mix Flip ini.