Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

HONOR 200 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

HONOR 200 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 2

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa HONOR 200 Lite 5G akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

HONOR 200 Lite akan dilancarkan di Malaysia sebagai model ketiga didalam HONOR 200 Series iaitu selepas HONOR 200 dan HONOR 200 Pro.

Terus ke spesifikasi, HONOR 200 Lite ini memiliki skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran dengan kadar segar semula 90Hz, kecerahan maksima sehingga 2000nits dan 3240Hz PWM dimming serta lapisan gelas Ultra-tough Reinforced Glass.

HONOR 200 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 3

Selain itu, HONOR 200 Lite ini akan dikuasakan cip  Dimensity 6080, 8GB RAM (8GB RAM Turbo) dan storan dalaman 512GB serta Magic OS 8.0 yang berasaskan Android 14. Ianya juga memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan 35W HONOR SuperCharge.

Seterusnya, telefon pintar terbaru HONOR ini juga akan memiliki tetapan tri-kamera dibelakang iaitu sensor utama 108MP + sensor wide& depth 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 50MP f/2.1.

Akhir sekali,HONOR 200 Lite juga akan ditawarkan bersama pelan perlindungan Front & Back Free Replacement untuk tempoh 365 hari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.