HONOR Magic Vs3 dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 – harga lebih murah
Bersama HONOR Magic V3, HONOR juga telah memperkenalkan HONOR Magic Vs3 yang merupakan telefon pintar foldable kedua ternipis didunia selepas Magic V3.
Menariknya, Magic Vs3 masih menawarkan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya walaupun pada harga lebih berpatutan. Ianya hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic Vs3 memiliki skrin paparan LTPO OLED berukuran 7.92-inci bersama kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1,600 nits dan kadar PWM dimming 3,840Hz.
Selain itu, Magic Vs3 juga hadir dengan cover screen OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 5,000nits dan kadar PWM 3,840Hz serta ciri eye protection dengan AI defocus.
Beralih kepada kamera, Honor Magic Vs3 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/3.0 dan OIS, sensor ultrawide 40MP f/2.2 dan sensor telefoto periskop 8MP dengan 5x zoom optik dan OIS. Kamera selfie pada kedua-dua adalah 16MP.
Seterusnya, Honor Magic Vs3 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge dan 50W pengecasan tanpa wayar.
HONOR Magic Vs3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Velvet Black, Qilian Snow dan Tundra Green pada harga dari CNY 6,999 (RM 4,505) sehinga CNY 8,999 (RM 5,793).
Penawaran antarabangsa Magic Vs3 mungkin berlangsung tidak lama lagi bersama-bersama Magic V3.