Samsung Galaxy Z Fold6 kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan ringan
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu telefon pintar foldable mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold6 di Samsung Unpacked 2024.
Samsung Galaxy Z Series tahun ini menyaksikan integrasi Galaxy AI dan ianya juga tampil dengan rekaan lebih nipis berserta berat yang lebih setaraf seperti telefon pintar tradisional.
Samsung Galaxy Z Fold6
Samsung Galaxy Z Fold5 adalah model mercu didalam Galaxy Z Series dan ianya tampil dengan skrin paparan utama (skrin lipat) Dynamic AMOLED 2x berukuran 7.6-inci dengan resolusi 2160 x 1856 piksel dan kadar segar semula 120Hz . Panel skrin ini juga menempatkan kamera UD 4MP.
Samsung Galaxy Z Fold6 juga tampil dengan profil yang lebih nipis bersama bingkai enhanced Armour Aluminium dan ditambah dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan dan belakang. Secara keseluruhan, Galaxy Z Fold6 adalah 14 gram lebih ringan berbanding Galaxy Z Fold5 dan ianya juga 1.5mm lebih nipis apabila dilipat atau 0.5mm lebih nipis apabila dibuka dan ianya juga lebih pendek iaitu 1.4mm lebih rendah yang memudahkanya digunakan.
Selain itu, skrin paparan luar pada Samsung Galaxy Z Fold6 akan mempunyai ukuran 6.3-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga menempatkan kamera selfie 10MP.
Samsung Galaxy Z Fold6 dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Ianya juga membawakan sistem penyejukan Vapor Chamber yang 1.6x ganda lebih besar berbanding generasi sebelum ini.
Galaxy AI pada juga disertakan pada Galaxy Z Fold6 dan ianya menampilkan ciri sediada Galaxy AI yang telah ditambahbaik bersama beberapa ciri baharu seperti Portrait Studio, Sketch to Image dan Interpreter with two display.
Beralih ke kamera, Samsung Galaxy Z Fold6 tampil dengan kamera yang menyaksikan ianya dilengkapi sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 3x zoom optikal (30x Space Zoom).
Pada bahagian bateri, Samsung Galaxy Z Fold6 masih mengekalkan bateri 4,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W serta pengecasan tanpa wayar 15W.
Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold6 adalah One UI 6.1.1 yang berasaskan Android 14, 7 tahun sokongan kemaskini Android, kalis air IP48 dan sokongan S Pen.
Samsung Galaxy Z Fold6 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna Silver Shadow, Pink dan Navy.
Samsung Galaxy Z Fold6 akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 7,299 iaitu varian 12/256GB, RM 7,899 bagi varian 12/512GB dan RM 9,099 bagi varian 12/1TB.
Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold6 kini dibuka dari 10 Julai sehingga 30 Julai 2024.
Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,329 apabila anda pra-tempah Galaxy Z Fold6
• PERCUMA 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM829
• RM500 e-baucar eksklusif untuk membeli aksesori Galaxy terpilih, Galaxy Watch dan Galaxy Buds
• Tukarkan peranti semasa anda dan dapatkan diskaun tambahan RM500
• Tebus ganjaran prapendaftaran anda sehingga RM500 e-baucar
• Nikmati diskaun sehingga 25% apabila anda membeli dengan Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih
• Promosi PWP – Diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra