Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 1

Samsung Galaxy Z Fold memasuki generasi keenam pada tahun ini bersama Galaxy AI yang mengubah bagaimana telefon pintar digunakan didalam kehidupan seharian.

Kami telah diberikan akses eksklusif untuk mencuba dan melihat sendiri Galaxy Fold6 sejurus selepas pelancaran rasmi Samsung Unpacked sebentar tadi dan berikut adalah pandangan pertama kami mengenai telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold6.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 2

Rekaan Lebih Nipis

Samsung mendakwa bahawa Galaxy Z Fold6 lebih memfokuskan kepada penambahbaikan dari segi rekaan dan penggunaan yang mana ini ternyata adalah benar pada saat pertama kami memegang telefon pintar ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 3

Galaxy Z Fold6 tampil lebih nipis dan ringan pada tangan kami dimana telefon pintar ini mempunyai berat 239 gram iaitu 14 gram lebih ringan berbanding Galaxy Z Fold5. Bercakap mengenai dimensi, Galaxy Z Fold6 adalah 1.5mm lebih nipis apabila dilipat atau 0.5mm lebih nipis apabila dibuka dan ianya juga lebih pendek iaitu pada ukuran 1.4mm yang memudahkanya digunakan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 4

Berdasarkan waktu singkat kami bersama Galaxy Z Fold6 ini, boleh kami katakan bahawa ianya menawarkan pengalaman yang hampir sama seperti telefon pintar tradisional dipasaran manakala berat juga kini semakin hampir seperti peranti flagship Galaxy S24 Ultra yang mempunyai berat 232 gram.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 5

Sistem Penyejukan Lebih Besar

Samsung Galaxy Z Fold6 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy bersama 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Menariknya, Samsung telah menyertakan sistem penyejukan Vapor Chamber yang 1.6x ganda lebih besar yang akan memastikan prestasi maksima Snapdragon 8 Gen 3 dapat dikekalkan pada tahap optimum.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 6

Galaxy AI yang ditambah baik

Samsung Galaxy Z Fold6 juga membawakan ciri Galaxy AI yang lebih baik dimana beberapa ciri sediada seperti Interpreter, Live Call Translate telah ditambah baik. Sebagai contoh, Live Call Translate kini juga disokong pada aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp.

Selain itu, Galaxy AI juga membawakan ciri baharu seperti Portrait Studio yang menawarkan anda gambar portrait khas berdasarkan AI dan ciri Sketch to Image yang membolehkan anda mengubah lakaran kasar anda kepada lukisan yang lebih realistik dengan bantuan Galaxy AI.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 7

Penarafan Kalis Habuk & Air IP48

Samsung Galaxy Z Fold6 menjadi telefon pintar pertama Galaxy Z Series untuk hadir dengan penarafan IP48 yang bermaksud telefon pintar ini menawarkan perlindungan daripada habuk dan air. IP48 bermaksud Galaxy Z Fold6 tidak 100% kalis habuk akan tetapi ianya terlindung daripada objek yang bersaiz 1mm dan lebih daripada memasuki bahagian dalam telefon pintar ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 8

Penutup

Samsung Galaxy Z Fold6 mungkin tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan Galaxy Z Fold5 namun penambahbaikan yang disertakan menjadikan telefon pintar ini lebih selesa untuk digunakan seperti sebuah telefon pintar konvensional dan ianya juga ditambah dengan Galaxy AI yang lebih berkuasa.

Samsung Galaxy Z Fold6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 7,299 didalam tiga pilihan warna iaitu Silver Shadow, Pink dan Navy.

Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,329 apabila anda pra-tempah  Galaxy Z Fold6

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold6 9

• PERCUMA 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM829
•  RM500 e-baucar eksklusif untuk membeli aksesori Galaxy terpilih, Galaxy Watch dan Galaxy Buds
• Tukarkan peranti semasa anda dan dapatkan diskaun tambahan RM500
• Tebus ganjaran prapendaftaran anda sehingga RM500 e-baucar
• Nikmati diskaun sehingga 25% apabila anda membeli dengan Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih
• Promosi PWP – Diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.