HONOR Magic Vs3 akan dilancarkan pada 12 Julai ini – lebih murah dengan cip Snapdragon 8 Gen 2
Selain HONOR Magic V3, HONOR juga akan memperkenalkan Honor Magic Vs3 pada pelancaran yang akan berlangsung pada 12 Julai ini dan telefon pintar foldable yang lebih berpatutan ini telah dikesan di Geekbench.
Berdasarkan penyenaraian ini, HONOR Magic Vs3 disahkan akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan ianya akan turut memiliki 12GB RAM bersama Android 14.
Selain itu, Magic Vs3 juga telah dibuka untuk pra-tempahan dan ianya akan ditawarkan didalam tiga storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Ianya akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu green, black, dan white.
Kita boleh menjangkakan bahawa Magic V3 dan Magic Vs3 akan memasuki pasaran global tidak lama lagi.