Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 1

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 2

Susulan pelancaran OPPO Reno12 Series baru-baru ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan jerayawara selama lima hari di Pavilion Kuala Lumpur! Mulai hari ini hingga 7 Julai ini.

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 3

Menariknya, pengguna boleh mengunjungi jerayawara itu untuk menikmati beberapa siri aktiviti yang menyeronokkan, termasuk zon produk interaktif, tempat merakam gambar yang mengagumkan, dan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM12,000!

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 4

Selain itu, tiga tetamu istimewa iaitu Phei Yong, Amelia Henderson, dan Jovane Phang — akan membuat penampilan istimewa pada 6 Julai. Mereka akan digayakan oleh stylist terkenal Malaysia Minluna untuk pertunjukkan fesyen pada hari yang sama.

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 5

Dalam pada itu, pengguna yang membeli Siri OPPO Reno12 akan layak menyertai cabutan bertuah untuk peluang memenangi hadiah luar biasa, termasuk Pakej Pelancongan ke Korea bernilai RM10,000 dan Tiket VIP ke Festival Muzik Borneo Sonic bernilai RM2,000.

Mereka yang membeli telefon dan mendaftar di Aplikasi My OPPO sebagai ahli baharu juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tambahan, termasuk Dyson Airstrait Straightener dan baucar perjalanan bernilai RM1,500. Ahli My OPPO yang sedia ada juga akan menerima penyertaan cabutan bertuah ini.

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 6

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 7

Selain itu, pengguna akan menerima hadiah percuma apabila membeli OPPO Reno12 Series termasuk kotak hadiah aksesori telefon, kotak hadiah BSS edisi terhad dan banyak lagi! Lihat ganjaran tambahan di bawah.

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 8

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 9

Pelawat yang memuat naik foto yang diambil pada jerayawara itu ke Instagram mereka dengan hashtag #OPPOReno12Series5G, #OPPORenoSilverPlayground dan #OPPOAIPhone akan berpeluang memenangi sepasang kasut direka khas oleh @ednacreationz, artis tempatan yang membekalkan kasut lukisan tangan sejak 2019.

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 10

Seterusnya, pengunjung juga boleh menikmati minuman CHAGEE percuma, baucar diskaun dan aktiviti percetakan foto percuma. Peminat K-POP tidak seharusnya melepaskan peluang bergambar dengan kumpulan lelaki terkenal Korea BSS (SEVENTEEN) di zon foto BSS, di mana peminat boleh mengambil gambar dengan standee ahli BSS.

OPPO Reno12 Series Roadshow kini berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur 11

Jangan tunggu lagi—lawati jerayawara Siri OPPO Reno12 di Pavilion Kuala Lumpur Centre Court dari sekarang hingga 7 Julai! Telefon OPPO AI boleh menjadi milik anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/4cnEuye.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.