Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi – pelan serendah RM 1

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi - pelan serendah RM 1 1

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi - pelan serendah RM 1 2

HONOR 200 Series yang dilancarkan baru-baru ini tersedia dalam dua versi iaitu HONOR 200 Pro dan HONOR 200 dan ianya kini boleh dimiliki menerusi pelan pascabayar menarik daripada rakan telco CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes. Orang ramai juga boleh mendapatkan telefon pintar Flagship Estetik AI ini secara percuma melalui pelan terpilih.

Dijual pada harga bermula daripada RM1,899, Siri HONOR 200 merupakan peranti dengan nilai yang amat berbaloi, menawarkan keupayaan fotografi bertaraf studio, pengalaman Magic AI intuitif yang dipertingkatkan dan berkuasa dengan spesifikasi yang mesra bajet. Berikut pakej pascabayar daripada rakan telco.

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi - pelan serendah RM 1 3

Dapatkan HONOR 200 pada hanya RM1!

CelcomDigi menawarkan HONOR 200 pada harga serendah RM1 sebulan, manakala HONOR 200 Pro tersedia mulai RM10 sebulan dengan pembayaran mudah Easy360. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi - pelan serendah RM 1 4

Dapatkan Siri HONOR 200 Dengan Pelan Maxis Postpaid 109

Dengan pelan Maxis Postpaid 109, HONOR 200 Pro boleh dimiliki dengan harga daripada RM90 sebulan. Bagi HONOR 200 pula, peranti ini tersedia pada harga lebih berpatutan iaitu RM70 sebulan melalui pelan sama. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Siri HONOR 200, sila layari laman sesawang rasmi Maxis.

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi - pelan serendah RM 1 5

Miliki Siri HONOR 200 daripada RM49 sebulan dengan U Mobile hari ini!

Bawa pulang HONOR 200 Pro pada harga serendah RM66 sebulan, dan hanya RM49 sebulan untuk HONOR 200 secara eksklusif dengan U PayLater. Nikmati ansuran 0% dengan Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga ke 1,000GB dan Perayauan Global Percuma di 63 destinasi di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman sesawang U Mobile.

HONOR 200 Series kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi - pelan serendah RM 1 6

Bawa pulang HONOR 200 secara PERCUMA dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Premium Postpaid!

Sementara itu, Yes 5G menawarkan HONOR 200 Pro pada harga yang amat menarik iaitu hanya RM20 sebulan dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Premium 118 Postpaid. Bukan itu sahaja, peranti HONOR 200 juga boleh menjadi milik anda secara PERCUMA dengan pelan sama! Harga-harga hebat ini hanya sah untuk kontrak selama 36 bulan. Kunjungi laman sesawang rasmi Yes sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini.

Jom Baca : ULASAN : HONOR 200 Pro – flagship killer dengan Magic AI Experience dan Potret Harcourt

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.