Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Pura 70 Ultra kini ditawarkan didalam varian 16GB/1TB – nikmati rebat trade-in RM 500

HUAWEI Pura 70 Ultra kini ditawarkan didalam varian 16GB/1TB - nikmati rebat trade-in RM 500 1

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa HUAWEI Pura 70 Series kini ditawarkan didalam varian 16GB + 1TB bagi HUAWEI Pura 70 Ultra.

Selain itu, HUAWEI juga telah mengumumkan bahawa setiap pembelian HUAWEI Pura 70 Series dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2024 akan menerima hadiah percuma dan rebat menarik.

HUAWEI Pura 70 Ultra kini ditawarkan didalam varian 16GB/1TB - nikmati rebat trade-in RM 500 2

Rebat yang dimaksudkan adalah rebat trade-in bernilai RM 500 apabila anda menukar peranti lama anda tidak kira jika ianya adalah telefon pintar, komputer riba, tablet dan jam tangan. Setiap pembelian Pura 70 Series juga akan menerima HUAWEI FreeBuds Pro 3 yang bernilai RM 899.

Bercakap mengenai harga, HUAWEI Pura 70 Pro, kini ditawarkan pada harga RM 4,899 didalam dua warna iaitu white dan black manakala HUAWEI Pura 70 ditawarkan pada harga RM 3,699 didalam warna  pink, white, dan black.

Dalam pada itu,  HUAWEI Pura 70 Ultra didalam varian 16GB + 1TB kini ditawarkan pada harga RM 7,199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.