Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di umumkan di MWC Shanghai 2024

HONOR ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di umumkan di MWC Shanghai 2024 1

HONOR ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di umumkan di MWC Shanghai 2024 2 

HONOR secara rasminya telah mengumumkan dua inovasi AI pada peranti yang meneraju industri yang dicipta untuk memperkasakan individu dan memperkenalkan teknologi keselamatan pengguna di MWC Shahghai 2024 baru-baru ini. 

Pada ucaptama HONOR di MWC Shanghai 2024 bertajuk “The Human-AI Synergy: Intelligent Devices Will Empower People Better,” syarikat ini telah mempersembahkan kemajuan terkininya dalam kepintaran buatan (AI) berciri kemanusiaan iaitu AI Defocus Eye Protection dan AI Deepfake Detection.

Selain itu, HONOR juga menegaskan tumpuan ke arah AI pada peranti yang berciri kemanusiaan, serta keyakinan dalam potensi bagi perkakasan berkeupayaan AI untuk memperkasakan pengguna dengan menyediakan perkhidmatan peribadi sambil melindungi privasi pengguna. 

HONOR ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di umumkan di MWC Shanghai 2024 3

Teknologi perlindungan mata yang sentiasa berevolusi daripada pencegahan ke pemulihan

Merujuk kepada peningkatan kes rabun jauh global akibat penggunaan skrin pada jangka masa panjang, teknologi AI Defocus Eye Protection memanfaatkan AI bagi meniru cermin mata nyahfokus pada paparan peranti pintar. Cermin mata nyahfokus penting kepada kesihatan mata kerana direka untuk mendorong nyahfokus terkawal dalam bidang visual persisian pengguna bagi membantu mengekalkan penglihatan berpusat yang jelas. 

Efek ini akan mewujudkan persepsi visual terubah yang memperlahankan proses lekangan retina, yang mengakibatkan rabun jauh. Daripada perlindungan mata kepada pencegahan sehinggalah ke ciptaan teknologi yang boleh membawa kelegaan kepada pengguna, AI Defocus Eye Protection HONOR telah berjaya mengurangkan rabun sementara sebanyak 13 darjah selepas membaca selama 25 minit, dengan segelintir pengguna mengalami pengurangan maksimum sebanyak 75 darjah. 

HONOR ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di umumkan di MWC Shanghai 2024 4

Mengurangkan Penipuan dengan AI Deepfake Detection 

Bagi mengelakkan penipuan dan mengesan kandungan yang dimanipulasi secara digital, AI Deepfake Detection memeriksa maklumat dari bingkai ke bingkai seperti pandangan mata, pencahayaan, kejelasan imej, dan video ulang semula untuk mengenal pasti kecacatan yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. 

Selain itu, ciri AI Deepfake Detection telah diuji latih melalui set data besar video dan imej yang berkaitan dengan penipuan rangkaian, membolehkan AI menjalankan identifikasi, saringan, dan perbandingan dalam masa tiga saat. Sekiranya ciri ini dapat mengesan kandungan yang sintetik atau telah diubah suai, satu amaran risiko akan dikeluarkan kepada pengguna bagi menghalang mereka daripada terlibat dengan sebarang individu atau aktiviti yang berpotensi sebagai tipuan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.