OPPO Reno12 Series kini rasmi di Malaysia dengan GenAI – harga dari RM 2,199
OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Reno12 Series yang membawakan cipset khas yang dibangunkan dengan kerjasama MediaTek dan ciri GenAI.
OPPO Reno12 Series ini tampil didalam dua model iaitu Reno12 dan Reno12 Pro yang memiliki banyak persamaan spesifikasi dan reka bentuk.
Terus ke spesifikasi, OPPO Reno12 dan Reno12 Pro memiliki skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+. Reno12 Pro dilapisi Glass Victus 2 manakala Reno12 pula dillapisi Gorilla Glass 7i.
Ianya dikuasakan cip Dimensity 7300-Energy bersama 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan sokongan kad microSD sehingga 1TB.
Seterusnya, Reno12 Pro tampil dengan sistem kamera yang lebih baik dimana ianya memiliki sensor utama 50MP LYT600 f/1.8 dengan OIS, sensor ultrawide 8MP f/2.2 (IMX355) dan sensor portrait 50MP JN2 yang turut menawarkan 2x zoom optik. Reno12 Pro juga memiliki kamera selfie 50MP dengan pemfokusan auto.
Dalam pada itu, Reno12 pula hadir dengan sensor utama 50MP LYT600 f/1.8 dengan OIS, sensor ultrawide 8MP f/2.2 (IMX355) dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP yang juga memiliki pemfokusan auto PDAF.
kedua model Reno12 Series ini juga memiliki ciri AI seperti AI Clear Face yang melaras kontur wajah , rambut dan kening . AI Best Face pula memastikan mata semua orang didalam gambar terbukda manakala AI Eraser kini lebih berkuasa.
Untuk teks dan pertuturan, terdapat AI Toolbox yang terdiri daripada AI Write, AI Speak dan AI Summary, yang memanfaatkan model Google Gemini. Aplikasi Recording kini mempunyai ciri AI Recording Summary yang mencipta ringkasan teks dan menyusunnya ke dalam nota yang menyerlahkan senarai tugasan, masa, lokasi dan maklumat penting lain.
Seterusnya, Reno12 Series ini memiliki batero 5,000mAh dengan pengecasan 80W SuperVOOC yang menawarkan pengecasan 1% ke 49% dalam masa 18 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 46 minit.
Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalan penarafan IP65, IR Blaster, BeaconLink yang membolehkan panggilan suara dibuat melalui Bluetooth pada jarak sehingga 200m.
OPPO Reno12 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,199 manakala OPPO Reno12 Pro akan ditawarkan pada harga RM 2,599. Jualan rasmi bermula hari ini.