Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja 1

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja 2

Selain OPPO Reno12 Series, OPPO juga telah  mengumumkan pelancaran fon telinga terbaru mereka iaitu OPPO Enco Air4 Pro.

OPPO Reno12 Series kini rasmi di Malaysia dengan GenAI – harga dari RM 2,199

OPPO Enco Air4 Pro  menonjolkan kualiti bunyi yang unggul, hayat bateri yang tahan lama, dan ketersambungan yang lancar, kesemuanya diliputi bawah rekaan yang anggun dan kukuh.

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja 3

Selain itu, Enco Air4 Pro juga memiliki tiga mikrofon seni  double-fed, ia menawarkan Ultra-Wide Frequency Active Noise Cancellation yang mencapai kedalaman 49dB dan meliputi julat yang luas sehingga 4000Hz. Reka bentuk tiga mikrofon yang inovatif ini mengurangkan bunyi angin dan bunyi gangguan yang lain secara berkesan.

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja 4

Seterusnya, Enco Air4 Pro juga hadir dengan pemacu  12.4mm, codec Bluetooth LHDC 5.0 yang disahkan Hi-Res Audio, jangka hayat bateri 44 jam atau sehingga 12 jam melalui bateri pada fon telinga sahaja.

Lain-lain ciri Enco Air4 Pro ini adalah penarafan kalis habuk dan air IP55, Bluetooth 5.4 dan boleh digunakan bersama telefon pintar, tablet, dan komputer di bawah sistem Android, iOS, atau Windows.

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja 5

Akhir sekali, OPPO Enco Air4 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399 didalam dua warna iaitu dua warna Moonlight White dan Midnight Black.

OPPO Enco Air4 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja 6

OPPO Malaysia juga telah mengumumkan warna terbaharu untuk OPPO Pad Neo LTE – Aurora Purple – yang akan tersedia dengan 8GB RAM + 256 GB ROM pada harga RM1,599.

Selain itu, OPPO Malaysia juga telah melancarkan tali jam tangan berwarna Silver untuk OPPO Watch X, harga RM1,399. Tali jam tangan berwarna Silver tersedia dengan harga RM129 dan ianya turut boleh dibeli secara berasingan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.