Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Series akan mula dijual pada 28 Jun ini – dari RM 1,899

HONOR 200 Series akan mula dijual pada 28 Jun ini - dari RM 1,899 1

HONOR 200 Series yang dilancarkan baru-baru ini akan dijual dipasaran Malaysia bermula 28 Jun ini.

Seperti yang diumumkan, HONOR 200 Series akan ditawarkan didalam dua model iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro dan ini adalah kali pertama model Pro ditawarkan dipasaran Malaysia.

Peranti terbaru HONOR ini mengetengahkan keupayaan potret yang dikuasakan AI, pengalaman pengguna Magic AI generasi baharu serta spesifikasi gred flagship . 

Selain itu, HONOR 200 Pro ditawarkan didalam satu versi iaitu dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB  pada harga RM2,699 manakala HONOR 200 akan ditwarkan didalam dua versi  iaitu 12/512GB pada harga RM2,199 dan RM1,899 untuk 12/256GB.

HONOR 200 Series akan mula dijual pada 28 Jun ini - dari RM 1,899 2

Bagi setiap pembelian HONOR 200 Pro atau HONOR 200, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM898 yang termasuk HONOR Earbuds X6 dan jaminan penggantian panel hadapan & belakang 365 hari.

HONOR 200 Series akan mula dijual pada 28 Jun ini - dari RM 1,899 3

Siri HONOR 200 boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Stores di seluruh negara, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

HONOR 200 Pro tersedia dalam warna menarik Ocean Cyan dan Moonlight White, manakala Standard terdapat dalam warna Coral Pink, Moonlight White dan Black.

HONOR 200 Series akan mula dijual pada 28 Jun ini - dari RM 1,899 4

Sertai HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil

HONOR sedang menganjurkan acara studio fotografi telefon pintar yang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Aras 2, Oval mulai hari ini hingga 30 Jun 2024. Penggambaran ini merupakan sebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang mana pengunjung boleh melihat sendiri gambar bertaraf profesional yang diambil dengan HONOR 200 Pro.

HONOR 200 Series Studio ini juga akan diadakan di Pulau Pinang, Selangor, dan Putrajaya dalam minggu-minggu yang akan datang. Orang ramai boleh mendaftar untuk penggambaran studio potret bertaraf profesional di tiga lokasi tersebut.

Maklumat pendaftaran dan butiran acara seperti berikut:

1. Sunway Carnival Mall Main Atrium, Aras G (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall  

 

2. Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid  

 

3. IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.