Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Tab Plus kini rasmi untuk pasaran Malaysia – RM 1,599

lenovo tab Plus Malaysia

Lenovo telah mengumumkan penawaran tablet terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Lenova Tab Plus yang akan dijual pada harga RM 1,599 bermula 21 Julai ini.

Lenovo Tab Plus kini rasmi untuk pasaran Malaysia - RM 1,599 1

Lenovo Tab Plus memiliki skrin paparan 2K berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya juga disertakan bersama 8 pembesar suara JBL  yang turut mendapat penarafan Dolby Atmos.

Selain itu, tablet ini dikuasakan cip Helio G99, 8GB RAM, dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB serta Android 14 yang mana pihak Lenovo telah mengesahkan tablet akan menerima 2 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Lenovo Tab Plus kini rasmi untuk pasaran Malaysia - RM 1,599 2

Seterusnya, Lenovo Tab Plus juga memiliki bateri berkapasiti 8,800mAh bersama sokongan pengecasan pantas 45W, kamera 8MP pada bahagian hadapan dan belakang, bicu audio 3.5mm.

Lenovo Tab Plus kini rasmi untuk pasaran Malaysia - RM 1,599 3

Akhir sekali, Lenovo Tab Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,599 dan ianya akan turut disertakan dengan Lenovo Tab Pen Plus, Lenovo Tab Plus Sleeve, dan Lenovo Multi-Device Wireless Keyboard.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.