Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Anjurkan Studio Fotografi HONOR 200 Series Secara Percuma

HONOR Anjurkan Studio Fotografi HONOR 200 Series Secara Percuma 1

HONOR Anjurkan Studio Fotografi HONOR 200 Series Secara Percuma 2

Susulan pelancaran Siri HONOR 200, HONOR akan membuka studio fotografi telefon pintar yang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 hingga 30 Jun 2024.

ini merupakan sebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang akan diadakan di beberapa lokasi terpilih, yang mana HONOR akan memperlihatkan kuasa versi Pro daripada barisan Flagship Estetik AI ini untuk menangkap fotografi bertaraf studio profesional.

Acara bertemakan ‘Let Your Beauty Speak for Itself’ ini mengetengahkan idea bahawa percaya kepada diri sendiri adalah satu kecantikan dan setiap individu layak untuk memperolehinya. Acara ini mempelawa pengunjung untuk menerokai kecantikan diri mereka dan merakamkannya dengan HONOR 200 Pro.

Daftar untuk menyertai Siri HONOR 200 Studio
Mereka yang berminat untuk mendapatkan penggambaran studio fotografi percuma boleh mendaftar untuk acara HONOR 200 Series Studio di Aras 2 Centre Court (Oval), Pavilion Bukit Jalil, mulai 10 pagi hingga 10 malam, dari 26 hingga 30 Jun 2024.

Slot adalah terhad dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui pautan ini bit.ly/HONOR200SeriesStudio

Selain Pavilion Bukit Jalil, penggambaran studio fotografi tersebut turut diadakan di HONOR 200 Series Studio yang akan dianjurkan di Pulau Pinang, Selangor dan Putrajaya dalam beberapa minggu akan datang. Berikut senarai lokasi dan pautan untuk pendaftaran studio fotografi acara tersebut:

1) Sunway Carnival Mall Main Atrium, G Floor (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)

Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall

2) Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)

Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid

3) IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.