realme GT 6 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 – dari RM 2,599
realme secara rasminya telah memperkenalkan realme GT 6 yang dikuasakan dengan cipset killer flagship Snapdragon 8s Gen 3 yang turut membawakan realme Ai.
realme GT 6 dilancarkan dipasaran global bersama realme GT 6T selepas model hampir dua tahun model GT Series tidak ditawarkan dipasaran global.
Selain itu, realme GT 6 juga hadir dengan skrin paparan HyperDisplay 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2780 x 1264 dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima sehingga 6,000nits. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Victus 2.
Bersama cipset terbaru Snapdragon ini, realme GT 6 tampil dengan kapasiti RAM 12GB atau 16GB RAM dan storan 512GB. realme juga menekankan kepada AI pada model ini dan ianya dikenali sebagai NextAI. Ciri NextAI yang disertakan adalah AI Smart Removal dan AI Night Vision Mode untuk video dan AI Smart Loop.
Beralih ke kamera, realme GT 6 memiliki sensor utama 50MP Sony LYT-808 dengan OIS, sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 32MP.
Seterusnya,realme GT 6 juga tampil dengan bateri 5,500mAh bersama pengecasan pantas 120W yang mampu memberikan pengecasan pantas 100% didalam 26 minit. Ianya juga menyertakana realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14 serta jaminan 4 kemaskini Android dan 4 kemaskini keselamatan.
realme GT 6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,599 bagi versi 12/256GB manakala versi 16/512GB akan ditawarkan pada harga RM2,899.
Pelanggan yang membeli realme GT 6 akan turut menerima hadiah bernilai sehingga RM797 semasa tempoh 21 Jun hingga 31 Julai.